Taktikal 'gelembung' hanya 1 daripada 4 sebab ramai mahu Elavarasan digugurkan


  • Podium
  • Khamis, 14 Sep 2023

Elavarasan tidak mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air. — Bernama

KEKALAHAN dialami Iran kepada Uzbekistan pada Rabu ibarat rahmat buat peminat bola sepak tanah air apabila ia mengesahkan kemaraan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 tahun depan.

Mereka yang turut tewas kepada pendahulu Kumpulan H, Thailand pada Selasa terpaksa menaruh harapan kepada pasukan lain untuk menempah slot ke pertandingan berkenaan.

Namun, kegagalan Iran untuk membawa pulang sebarang mata dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu mengesahkan kemaraan Harimau Muda ke Piala Asia B-23 untuk tahun kedua berturut-turut.

Ini selepas format kejohanan menyaksikan mereka berada dalam kelompok empat naib johan yang layak daripada 11 pasukan lain dengan China, Tajikistan dan Kuwait turut ke peringkat seterusnya.

Persiapan rapi dilihat perlu dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat skuad muda kebangsaan untuk memastikan penyertaan mereka bukan sahaja sebagai pasukan pelengkap jadual.

376751974_866276741535078_7045162232181735923_n

Skuad muda negara berada dalam kelompok empat naib juara pasukan terbaik. Facebook/AFC Asian Cup

Bagaimanapun, sekiranya ditanya penyokong bola sepak tempatan, langkah awal yang perlu dibuat adalah dengan melakukan perubahan terhadap barisan kejurulatihan negara.

Ia berikutan rasa kurang senang terhadap pengendali pasukan, E Elavarasan yang dilihat sudah tidak sesuai untuk menerapkan gaya permainan moden dalam Harimau Muda.

Selain itu, pencapaiannya juga sering dikatakan suam-suam kuku apabila mereka hanya merangkul Piala Merlion 2023 di samping menampilkan persembahan mengecewakan dalam Piala AFF B-23 dan Sukan SEA 2023.

Perkara itu merupakan hanya satu daripada beberapa hal yang sering ditekankan mengenai pandangan penyokong bola sepak tempatan mengenai Elavarasan.

Menurut pemerhatian Majoriti, terdapat empat perkara yang menjadi punca utama pengendali berusia 62 tahun itu sering dipertikaikan.

1. Kelewatan untuk memanggil pemain ke kem latihan

Antara perkara pertama yang sering menimbulkan rasa kurang senang mengenai pendekatan Elavarasan adalah apabila dia sering lewat mengadakan kem latihan berpusat.

Ketika persiapan untuk ke Kempen Kelayakan Piala Asia B-23 yang lalu, sesi latihan diadakan pada 30 Ogos meskipun perlawanan pertama berlangsung pada 6 September.

Kelewatan berkenaan akan menyebabkan pemain sukar untuk menyesuaikan diri dengan taktikal jurulatih, sekali gus menyukarkan mereka dalam perlawanan sebenar.

369938291_1003326320740604_6858633699703332929_n

Kem latihan berpusat skuad B-23 negara diadakan beberapa hari sebelum perlawanan pembukaan.

Selain itu, pendekatan sebegini hanya akan memberi kesulitan buat skuad muda kebangsaan untuk menentukan kesebelasan utama terbaik.

Meskipun perkara tersebut bukanlah di bawah kawalan Elavarasan sepenuhnya, ia tidak menghalang orang ramai daripada terus menyalahkannya.

Isu berkenaan seperti akan berterusan untuk satu tempoh lebih lama memandangkan pemain muda kini bergiat lebih kerap dengan kelab masing-masing dalam saingan Piala MFL, Piala Belia dan Piala Presiden.

2. Pemain dipanggil kurang bersesuaian

Salah satu pendekatan yang cenderung diambil Elavarasan sepanjang tempoh kendaliannya adalah apabila dia sering memberi peluang buat pemain baharu.

Ketika kempen Kelayakan Piala Asia B-23 yang lalu, pengendali berkenaan memberikan peluang buat beberapa pemain baharu, seperti Nik Umar Nik Aziz dan Saiful Jamaluddin.

Bagaimanapun, di sebalik keputusan berkenaan, terdapat juga kecenderungannya untuk membawa wajah-wajah yang seperti tidak sesuai dengan gaya permainannya.

378188404_1010137700059466_2116890342468004439_n

Kehadiran Luqman Hakim tidak membawa impak positif buat Harimau Muda. Facebook/FAM

Kepulangan penyerang, Luqman Hakim Shamsuddin dan kehadiran pemain tengah, Nooa Laine gagal memberikan impak meskipun masing-masing pernah mencipta nama di peringkat kebangsaan.

Pemain-pemain itu dilihat tidak dibawa berdasarkan taktikal Elavarasan, namun hanya dipanggil berdasarkan status dan prestasi masing-masing di peringkat kelab.

Isu berkenaan boleh diselesaikan sekiranya jurulatih berkenaan dapat mengenal pasti kesebelasan utama terbaik serta pemain terbaiknya.

3. Tidak menekankan aspek mentaliti

Sekiranya perlawanan Harimau Muda menentang Thailand diperhatikan, orang ramai dapat melihat bahawa pemain negara gagal mengawal bola dengan baik.

Kegagalan berkenaan menyebabkan skuad muda kebangsaan tewas tipis kepada tuan rumah, sekali gus menyulitkan hasrat mereka untuk ke peringkat seterusnya.

Perbezaan dapat dirasai untuk dua perlawanan sebelumnya apabila pasukan kendalian Elavarasan menampilkan aksi terbaik ketika berdepan Bangladesh dan Filipina.

378180767_1010137690059467_8314337053404151522_n (1)

Harimau Muda dilihat bergelut sepanjang 90 minit berdepan Thailand Selasa lalu. Facebook/FAM

Kesungguhan pemain dalam melakukan serangan dapat disaksikan memandangkan lawan mereka itu dilihat lebih mudah yang mana membolehkan skuad kebangsaan untuk meraih kemenangan.

Ia sekali gus menceritakan bahawa pemain yang diturunkan gugup ketika berdepan Thailand apabila mereka teragak-agak sepanjang pengawalan bola.

Kejayaan Elavarasan untuk memperbaiki masalah itu akan menaikkan semula reputasinya sehingga membolehkannya kekal bersama skuad muda negara.

4. Masih gunakan taktikal 'gelembung'

Persembahan di atas padang merupakan satu-satunya cara penyokong bola sepak tanah air untuk menilai kualiti kejurulatihan yang sudah diterapkan Elavarasan.

Jadi, selepas mengendalikan kira-kira 20 aksi persahabatan dan kompetitif, majoriti mula berpendapat bahawa taktikal diambilnya sudah tidak relevan.

2233422

Pendekatan taktikal Elavarasan sering dipertikaikan. Facebook/FAM

Kecenderungan pemain pertahanan untuk melakukan hantaran jarak jauh buat rakan sepasukan di bahagian hadapan dalam usaha pasukan mendapatkan jaringan.

Meskipun taktikal sebegitu mempunyai kelebihannya, ia dilihat tidak sesuai untuk mencuri hati penyokong bola sepak tempatan.

Tidak cukup dengan itu, perbandingan pendekatan taktikal Elavarasan juga sering dibuat dengan pengendali skuad senior negara, Kim Pan-gon yang berjaya menerapkan satu gaya permainan menarik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram