Desak FAM ganti Elavarasan sebelum Piala Asia, ekor Harimau Muda beri resume ex-Real Madrid, Chelsea


  • Podium
  • Rabu, 13 Sep 2023

Penyokong-penyokong negara kurang gemar sekiranya Elavarasan masih memegang jawatan sebagai ketua jurulatih B23.

TAHNIAH buat skuad muda negara apabila berjaya layak ke Piala Asia Bawah-23 (B-23) 2024 selepas berjaya meraih slot sebagai pasukan kedua terbaik dalam kejohanan itu.

Anak-anak buah E. Elavarasan tewas pada aksi terakhir Kumpulan H di tangan Thailand dengan keputusan 0-1 di Stadium Chonburi, Thailand sekali gus gagal layak secara automatik sebagai juara kumpulan.

Skuad B-23 negara perlu menunggu lebih lama untuk layak ke pusingan seterusnya apabila Uzbekistan berjaya menewaskan Iran dengan keputusan 1-0 di Stadium JAR, Tashkent, Uzbekistan pada Selasa.

Meskipun tersenarai bersama 15 gergasi Asia lain untuk layak ke Piala Asia B-23 2024 Qatar tahun depan, persembahan Harimau Muda telah mengundang pelbagai kritikan penyokong bola sepak tempatan yang tidak berpuas hati dengan aksi dipamerkan.

Elavarasan

Penyokong mahu Elavarasan digantikan dengan jurulatih baharu. Facebook/FAM

Malah sudah ada laungan dan hantaran di media sosial mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan kerja untuk menggantikan Elavarasan dengan segera supaya skuad muda negara boleh dibentuk mengikut falsafah jurulatih baharu nanti.

Menurut Football Agent - Malaysia dalam Facebook, mereka berpandangan sudah tiba masanya FAM melantik jurulatih dari luar negara untuk mengendalikan Harimau Muda namun dengan syarat perlu melalui Kim Pan-gon.

"Mungkin sudah tiba masanya menggunakan kepakaran luar bagi skuad negara B-23, namun perlu beri kuasa penuh kepada Kim Pan-Gon untuk 'interview' setiap calon jurulatih yang berminat.

"Ia agar 'style of play' antara skuad utama dan skuad bawah umur tidak mempunyai perbezaan, malah akan memudahkan untuk transisi pemain nanti," katanya.

Rui Faria

Faria (kanan) sebelum ini bekerja rapat dengan Mourinho di United dan Chelsea. Agensi

Football Agent - Malaysia turut meninggalkan profil bekas jurulatih Chelsea, Real Madrid dan Manchester United di ruangan komen Facebook sebagai antara calon sesuai untuk menggantikan Elavarasan.

Individu tersebut ialah Rui Faria yang mana beliau banyak menghabiskan masanya menjadi pembantu jurulatih kepada Jose Mourinho.

Kini bergelar ejen bebas selepas tidak menyambung kontrak bersama kelab Qatar, Al-Duhail SC rekod Faria dengan pasukan itu sangat cemerlang apabila membantu mereka menjuarai Piala Qatari pada musim 2018/19.

Dengan pengalaman luas di Eropah yang bakal dibawa jurulatih berusia 48 tahun itu, menjadi persoalan adakah FAM akan melihat profil Faria atau pun memilih untuk terus mengekalkan Elavarasan sekali gus membawa cabaran Malaysia ke pentas Asia tahun depan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram