[VIDEO] Nyaris jatuh tempat duduk bertingkat, 2 penyokong bergaduh selepas perlawanan kriket


  • Podium
  • Rabu, 13 Sep 2023

Tangkap layar kejadian pergaduhan dipercayai melibatkan dua penyokong di Stadium R Premadasa pada Selasa.

TULAR sebuah video dalam media sosial sekumpulan penyokong di Sri Lanka nyaris jatuh dari tempat duduk bertingkat akibat pergaduhan yang berlaku selepas perlawanan kriket antara pasukan nasional Sri Lanka dan India di Stadium R Premadasa, Colombo, Sri Lanka pada Selasa.

Berdasarkan video berdurasi 33 saat itu, kedua-dua individu itu sedang dihalang oleh beberapa penyokong yang berada di kawasan kejadian sebelum lelaki berpakaian berwarna kuning bertindak mencetuskan pergaduhan dengan mangsa.

Pergaduhan yang dihalang orang ramai itu betul-betul berlaku di pengadang tempat duduk bertingkat yang mana jika tersilap langkah boleh menyebabkan penyokong lain terjatuh daripada kawasan itu.

Menerusi laporan Hindustan Times, punca pergaduhan tidak dapat dipastikan namun kejadian itu berlaku sebaik sahaja perlawanan kriket di antara kedua-dua negara tamat.

Sekumpulan lelaki yang berada di kawasan itu turut masuk campur dalam insiden tersebut untuk meleraikan dan menenangkan salah seorang individu terlibat.

Dalam perlawanan itu, India mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam kejohanan Piala Super 4 Asia selepas menewaskan Pakistan. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram