Masih ada ruang tambah baik, 3 pemain mampu bantu Pan-gon 'level up' skuad kebangsaan


  • Podium
  • Ahad, 10 Sep 2023

Pan-gon kekal dengan rekod tanpa kalah sepanjang enam aksi persahabatan antarabangsa sepanjang tahun ini.

DUA keputusan perlawanan sangat memuaskan hati seluruh penyokong bola sepak negara apabila skuad kebangsaan mencatatkan keputusan seri menentang Syria dan China yang berada di ranking bawah 100 dunia.

Anak-anak buah Kim Pan-gon melakukan kejutan apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 menentang Syria sebelum Akhyar Rashid dan Darren Lok mengubah nasib skuad kebangsaan pada Rabu.

Ketika berdepan China, skuad kebangsaan terlebih dahulu membolosi gawang gol tuan rumah seawal minit pertama permainan sebelum pengadil membatalkan jaringan itu kerana ofsaid.

Namun, Faisal Halim berjaya meletakkan Malaysia berada di hadapan selepas menjaringkan gol pada minit ke-11 permainan.

Meskipun mencatatkan keputusan seri menentang dua pasukan yang berada di ranking bawah 100 dunia, masih banyak posisi boleh diperbaiki oleh Pan-gon menjelang kejohanan Pestabola Merdeka dan saingan Kumpulan D kelayakann kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.

Majoriti senaraikan tiga pemain mampu beri lebih banyak pilihan buat Pan-gon untuk menukar taktikal atau pun perkuat skuad kebangsaan:

Romel Morales

Romel sedang menunggu permohonan status kerakyatannya.

1. Romel Morales

Untuk dua perlawanan persahabatan menentang Syria dan China jelas menunjukkan skuad kebangsaan kekurangan penyerang tulen selepas menggugurkan Syafiq Ahmad yang tidak dapat minit permainan bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Paulo Josue yang diletakkan sebagai penyerang diharapkan dapat mengulangi kejayaan hatrik ketika Harimau Malaya membenam Papua New Guinea yang mana dia berjaya mencatatkan hatrik.

Namun untuk beraksi menentang pasukan yang lebih berkualiti, Josue dilihat gagal memainkan peranan sebagai penyerang dan lebih selasa diletakkan di posisi tengah.

Pemain import Kuala Lumpur City FC (KL City), Romel Morales yang dijangka mendapat pasport pada September ini masih lagi belum mendapatkan khabar gembira mengenai permohonan status kerakyatannya.

Tetapi jika benar Romel boleh mendapatkan pasport pada bulan ini, ia bermaksud penyerang berusia 26 tahun itu boleh dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya pada kejohanan Pestabola Merdeka pada Oktober nanti.

Mampu beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan sayap ia bakal menjadi kelebihan buat Pan-gon merangka stratergi baharu dengan kehadiran Romel.

Musim ini, Romel sudah menjaringkan 11 gol, satu 'assist' dalam 23 penampilan bersama KL City.

Wan Kuzain

Kuzain mampu bermain di posisi sayap kanan ia sekali lagi memberikan kelebihan buat Pan-gon jika mahu mengubah taktikal pasukan.

2. Wan Kuzain Wan Kamal

Jentera tengah Harimau Malaya menunjukkan peningkatan yang baik dengan kehadiran Endrick dos Santos yang mampu menjadi arkitek dalam membina serangan skuad kebangsaan.

Namun prestasi Brendan Gan di pentas antarabangsa mula dipersoalkan kemungkinan disebabkan faktor umur yang mana persembahannya tidak seperti dulu lagi.

Dengan kehadiran Wan Kuzain yang sedang dalam prestasi terbaiknya di Liga MLS Next Pro (Amerika Syarikat) pastinya dapat memperkuatkan lagi barisan tengah Harimau Malaya.

Selain beraksi di Amerika, perlu diingat pemain berusia 25 tahun itu mempunyai pengalaman dipanggil oleh pasukan muda negara Uncle Sam itu.

Beraksi sebagai tengah bertahan, Kuzain juga mampu bermain di posisi sayap kanan ia sekali lagi memberikan kelebihan buat Pan-gon jika mahu mengubah taktikal pasukan.

KUALA LUMPUR, 4 Mac -- Pemain KL City FC Zhafri Yahya meraikan kegembiraan selepas berjaya menjaringkan gol pada aksi pertama Liga Super berdepan pasukan Selangor FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur malam ini.Keputusan semasa KL City FC 3-2 Selangor FC--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Zhafri telah menjaringkan tiga gol dan lima assist bersama KL City musim ini.

3. Zhafri Yahya

Mempunyai skil individu yang baik, Zhafri boleh menjadi 'back up' buat Arif Aiman jikalau Pan-gon perlu membuat pertukaran semasa dalam perlawanan.

Selain mempunyai Akhyar Rashid dan Safawi Rasid sebagai piliha kedua, Zhafri juga boleh bertindak sebagai penyerang nombor sembilan untuk membantu Arif Aiman dan Faisal Halim bergerak masuk ke dalam kotak penalti.

Merupakan tonggak utama KL City dibawah kendalian Bojan Hodak, kini Zhafri masih lagi merupakan harapan skuad warga kota untuk membantu Romel membolosi gawang gol lawan.

Dalam 21 perlawanan, Zhafri telah menjaringkan tiga gol dan lima assist bersama KL City musim ini.

Pernah dipanggil oleh Pan-gon untuk bersama Harimau Malaya, tetapi Zhafri masih belum berpeluang untuk turun beraksi yang mana dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan skuad kebangsaan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram