"MAAF pemain. Maaf rakyat Malaysia. Maaf Arab Saudi, ia perlu dilakukan."
Itulah luahan salah seorang anggota Ultras Malaya (UM) yang dikenali sebagai Freddie Ben pada lapan tahun lalu selepas ekor Harimau Malaya bertindak membaling dan mercun ke dalam padang semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2015 di antara Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, Selangor pada 2015.
Tindakan daripada UM itu dipercayai selepas prestasi hambar serta rekod buruk dipamerkan oleh skuad kebangsaan yang ketika itu Harimau Malaya berada di ranking ke-168 dunia.
Freddie dilaporkan berkata, UM sudah tiada tempat untuk meluahkan rasa kecewa mereka terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Protes kami berlangsung selama tiga tahun, Kami melalui semua saluran rasmi. Mengapa orang mempersoalkan penyokong kita yang sudah bosan dengan kepimpinan FAM? Siapa berani mencabar kepimpinan FAM?" soalnya.
Tambahnya, kumpulan itu tidak faham mengapa orang ramai menyalahkan penyokong sebaliknya menumpukan perhatian untuk memperbaiki keadaan pasukan bola sepak negara yang semakin merosot.
"Kami tidak peduli apa yang orang lain fikirkan. Mereka terus menyalahkan tetapi mereka tidak pernah turun ke stadium untuk menyokong pasukan kebangsaan.
"Saya mencabar mereka untuk membuat kenyataan yang sama di hadapan penyokong kami," jelasnya lapan tahun lalu.
Al Fadli Awaludin, perintis Ultras Malaya, pula berkata, mereka perlu mengambil langkah drastik untuk 'memasukkan akal' ke dalam FAM.
"Kami terpaksa 'memukul' FAM di tempat yang paling menyakitkan. Kami terpaksa mengaibkan FAM untuk menyampaikan mesej itu," ujarnya.
Dalam perlawanan itu, skuad kebangsaan tewas di tangan Arab Saudi dengan keputusan 1-2 sekali gus membangkitkan amukan para penyokong Harimau Malaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram