Beraksi tanpa 6 tonggak berdepan JDT, K. Devan taruh harapan pada ubi muda


  • Podium
  • Selasa, 12 Sep 2023

Shahrel Fikri antara tonggak utama yang tidak dapat beraksi berdepan JDT. — Instagram/shahrelfikri10

SAINGAN Liga Malaysia kini kembali selepas terpaksa berehat selama dua minggu bagi memberi laluan buat skuad kebangsaan untuk melaksanakan perlawanan persahabatan antarabangsa mengikut kalander FIFA.

Namun ia bukan alasan untuk setiap kelab daripada berehat kerana cuti dua minggu ini mereka gunakan untuk adakan perlawanan persahabatan dan ada juga yang meneruskan latihan seperti biasa bagi mengekalkan stamina para pemain.

Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak terkecuali daripada membuat tersebut apabila dilihat terus komited menjalankan latihan mereka apa lagi dijadualkan bakal berdepan dengan pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).

WhatsApp Image 2023-09-12 at 19.56.49

Sekitar aksi sesi latihan barisan pemain Harimau Selatan menjelang perlawanan menentang NSFC. — Instagram/officialjohor

Dalam pada itu, tampil mengulas persediaan pasukan itu, pengendali skuad Jang sempat berkongsikan bahawa pasukan kendaliannya itu bakal beraksi tanpa tonggak utama.

"Lebih kurang enam pemain utama dijangka tidak dapat beraksi berikutan masih injured antaranya Casagrande, Shahrel Fikri dan Hafiz Ramdan.

"Kita juga tidak akan menerima khidmat dua pemain iaitu import Myanmar, Hein Htet Aung dan penjaga gawang, Sikh Izhan Nazrel yang mewakili B-23," katanya kepada Majoriti.

Bagaimanapun, ia bukanlah masalah besar bagi K. Devan kerana berasakan bahawa pasukan itu masih memiliki pemain-pemain yang mampu menampilkan prestasi baik untuk menghadapi pasukan hebat seperti JDT.

"Ia agak sukar bagi kita tapi saya menaruh harapan terhadap pemain yang bakal menggantikan posisi itu akan menunjukkan prestasi yang baik.

"Pemain-pemain kita sedang menjalani latihan dengan penuh semangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi pasukan JDT," jelasnya.

Melihat kepada situasi semasa pasukan, K. Devan turut berkongsikan bahawa dia tidak akan menggunakan taktik bertahan malah mahu mencabar Harimau Selatan dengan melakukan serangan.

"Kita akan berdepan dengan satu pasukan yang kita sendiri tahu hebat dari segi menyerang sudah tentu kita akan menggunakan taktik bertahan.

"Tapi kita tidak hanya bertahan dan akan melakukan serangan kerana bermain di laman sendiri, kita kena main lebih proaktif dan saya harap pemain-pemain akan melaksanakan game plan dengan baik esok," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia akan membawa masuk dua pemain Bawah 23 Tahun (B-23) untuk memperkuatkan lagi posisi pertahanan dan bahagian tengah berikutkan kekurangan pemain senior pasukan itu.

"Saya akan membawa dua orang pemain Bawah-23 yang bermain di posisi midfield dan pertahanan.

"Kita kekurangan pemain senior dan kemasukan kedua-dua pemain itu kerana kekurangan pemain serta untuk mengisi kekosongan posisi tersebut.

Bercakap kepada Majoriti, kekurangan tonggak utama skuad Jang sedikit mengganggu corak permainan yang sudah dirancang olehnya.

"Sedikit mengganggu corak kerana pemain yang cedera adalah pemain utama, dengan kemasukan pemain utama itu pastinya kita boleh mempersiapkan satu pasukan yang baik untuk menghadapi JDT.

"Tetapi tanpa pemain utama ini sedikit sebanyak mengganggu corak permainan pasukan.

"Tapi saya masih menaruh harapan dengan pemain-pemain muda dan pemain lain akan memberikan prestasi yang baik untuk perlawanan ini," katanya.

Pasukan skuad Jang akan menerima kunjungan Harimau Selatan dalam aksi saingan Piala Malaysia yang memasuki peringkat suku akhir untuk perlawanan pertama pada 13 September 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram