'Sepatutnya tidak boleh bagi ruang pasukan lawan', Elavarasan tetap bangga persembahan HM


  • Podium
  • Rabu, 13 Sep 2023

Rata-rata penyokong negara kurang berminat sekiranya Elavarasan masih memegang jawatan sebagai ketua jurulatih B23.

KETUA jurulatih skuad B23 negara, E. Elavarasan, menganggap kegagalan Malaysia memanfaatkan peluang terhidang menjadi faktor utama pasukannya gagal untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata ketika berdepan Thailand.

Menurut bekas pengendali Terengganu dan PDRM itu, anak buahnya sudah memberikan aksi yang terbaik, namun Thailand lebih agresif untuk mencipta ruang dan peluang dalam misi memburu kemenangan, lapor Stadium Astro.

Kekalahan pada Selasa menyaksikan Malaysia hampir kempunan untuk beraksi di Piala Asia B23 Qatar April depan, apabila menamatkan saingan kelayakan di kedudukan kedua Kumpulan H, manakala Thailand selaku juara kumpulan.

Bagaimanapun, skuad negara bernasib baik layak ke Qatar selepas muncul empat pasukan naib juara kumpulan terbaik.

"Saya berasakan ia merupakan perlawanan yang penting bagi menentukan siapa yang bakal menjuarai peringkat kumpulan.

"Perlawanan seperti ini sangat sengit dan kami seharusnya tidak memberikan ruang kepada pasukan lawan namun saya tetap berbangga dengan usaha pemain yang telah bermain dengan cemerlang," kata Elavarasan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram