JDT|GBX yakin mampu 'overcome' cabaran baharu EAFC 24


  • eSports
  • Sabtu, 09 Sep 2023

Pengurus JDT|GBX percaya pemain-pemain e-Sports pasukan itu berjaya menyesuaikan diri dengan permainan baharu.

DIUMUMKAN pada April lalu dan Electronics Art akhirnya mendedahkan 'gameplay' EA Sports FC 24 yang mana ia akan dilancarkan secara rasmi pada 29 September 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

EA Sports FC 24 akan membawa lebih daripada 19,000 pemain, 700 pasukan dan 30 liga yang boleh dimainkan untuk meningkatkan pengalaman bola sepak.

Permainan itu akan menggunakan tiga teknologi canggih yang menjanakan realisme yang tiada tandingan termasuk HyperMotionV, PlayStyles yang dioptimumkan oleh Opta dan Frostbite Engine yang telah direvolusikan.

Bina kelab legenda dan tingkatkan pemain anda dengan Ultimate Team Evolutions dan mengalu-alukan pemain bola sepak wanita ke padang bersama pasukan lelaki untuk mencipta pasukan yang hebat.

Menjadi pemain atau pengurus dalam Career Mode dan sertai kawan anda dalam perlawanan cross-play dalam mode Club dan Volta Football itulah kelainan yang bakal ada dalam permainan EA Sports FC 24.

EAFC

EA Sports FC 24.

Ia sekali gus mungkin menyukarkan pemain-pemain e-Sports profesional untuk menyesuaikan diri dengan mekanisme permainan baharu yang akan diperkenalkan oleh EA.

Pengurus JDT|GBX Esports, Aris Danial, 24, berkata, mungkin akan ada kesukaran seperti sebelum ini tetapi EA Sports FC 24 akan membawa suasana perlawanan yang sangat berbeza.

"Kesukaran dari segi permainan, kalau ikutkan pada edisi sebelum ini pun setiap musim akan mempunyai gameplay yang sangat berbeza.

"Musim baru ini apa yang lebih mencabar ialah perjalanan suasana kejohanan yang akan datang dilihat lebih kompetitif.

"Kalau edisi sebelum ini ada tiga kejohanan dunia dipertandingkan (FIFAe World Cup, Club World Cup dan eNations Cup), musim FC24 ni hanya akan ada FC24 World Championship (1v1).

"Daripada FC Pro Open Offline Qualifier tersebut, 16 pemain serta empat pemain terbaik daripada eWorld Cup musim lalu akan mara ke FC Pro Open dan hanya empat terbaik daripada FC Pro Open akan mara ke FC24 World Championship," katanya kepada Majoriti.

357732952_747494597382932_3114615485522172448_n

Antara pemain-pemain JDT|GBX.

Tambahnya barisan kejurulatihan JDT|GBX pastinya akan melakukan latihan intensif untuk ‘overcome’ perkara-perkara baharu dalam EA Sports FC 24.

"Meskipun musim EA Sports FC 24 yang akan datang bakal menggunakan mekanisme baharu untuk permainan tersebut, saya percaya pemain JDT|GBX Esports mampu menyesuaikan diri dengan mudah.

"Semestinya latihan yang banyak serta perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan profesional atau pemain tempatan dan antarabangsa.

"Barisan pemain yang kami ada sudah pastinya merupakan antara yang terbaik di Asia, jadi kami masih yakin dengan kemampuan pemain yang ada untuk terus mempamerkan aksi terbaik pada musim hadapan," jelasnya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram