Belum puas hati lepas belasah Filipina, Harimau Muda makin bernafsu nak jinakkan Gajah Perang


  • Podium
  • Ahad, 10 Sep 2023

Harimau Muda membelasah Filipina 4-0 untuk memastikan persaingan ke pusingan akhir Piala Asia B-23 masih menyala. — Facebook/FAM

CABARAN Harimau Muda di bumi Chonburi, Thailand masih lagi menyala dalam misi ke pusingan akhir Piala Asia B-23.

Dalam aksi kedua peringkat kumpulan H, skuad E. Elavarasan terus mengutip kemenangan selepas berjaya menumbangkan Filipina dengan jaringan 4-0 pada Sabtu.

Gol oleh Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal serta dua jaringan berganda T. Saravanan memastikan Malaysia kini berada dalam posisi terbaik untuk menghambat Thailand yang mendahului kumpulan.

Thailand yang cuma mendahului kumpulan H menerusi perbezaan jaringan, perlu ditewaskan oleh Malaysia untuk memastikan tempat ke Qatar tahun depan menjadi milik Harimau Muda.

376688166_1008301196909783_8846609752322508248_n

T. Saravanan cemerlang dengan dua gol menentang Filipina. — Facebook/FAM

Oleh itu, pertemuan melibatkan kedua-dua negara ini amat penting terutamanya untuk Malaysia kerana jika keputusan positif tidak berjaya diraih akan memberikan kesan kepada peluang untuk pusingan akhir Piala Asia B-23.

Menyedari kekuatan Thailand yang lengkap dari segala segi, pengurus Harimau Muda iaitu Datuk Sri Shahril Mokhtar berkata, Malaysia perlu memberikan saingan sengit kepada skuad Gajah Perang bagi mendapatkan tiga mata.

"Perlawanan seterusnya adalah menentang Thailand yang merupakan pasukan yang well-prepared. Tapi saya yakin para pemain berada dalam keadaan yang baik, semangat juang yang tinggi dan kita akan berikan saingan sengit pada perlawanan 12 September nanti.

"Semua pemain dalam keadaan yang sangat baik, mereka semuanya bersedia untuk perlawanan seterusnya menentang Thailand," kata Shahril.

Dalam pada itu, Saravanan yang beraksi cemerlang bertemu Filipina memberitahu, tiada perkara lain yang perlu diberikan selain melakukan persembahan lebih baik ketika bertemu Thailand.

376711168_1008331130240123_2352554302374758475_n

Fergus Tierney terus menjadi nadi utama Harimau Muda. — Facebook/FAM

Menyedari kekuatan Thailand, Saravanan berpendapat jika takut prestasi masih di tahap sama berkemungkinan Harimau Muda akan gigit jari.

"Keputusan yang sangat berjaya (menentang Filipina), kita menang 4-0, dalam perlawanan seterusnya, kita akan lakukan lebih baik menentang Thailand.

"Untuk perlawanan seterusnya, semestinya kemenangan yang dicari untuk mendapatkan tiga mata dan layak ke pusingan seterusnya," ujar Saravanan.

Aksi penentuan pemenangan kumpulan H antara Harimau Muda dan Thailand akan diadakan pada 12 September ini pukul 9.30 malam waktu Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram