Pemain bola sepak wanita mirip Ronaldinho, fans gesa legenda Brazil lakukan ujian DNA


  • Podium
  • Jumaat, 08 Sep 2023

Minnies (kiri) dikatakan mirip wajah Ronaldinho. — Agensi

PENYOKONG bola sepak menggesa ujian DNA dijalankan selepas menyedari pemain wanita Afrika Selatan, Miche Minnies mempunyai raut wajah mirip legenda Brazil, Ronaldinho.

Minnies, 21, penyerang kelab Mamelodi Sundowns di Afrika Selatan tular di media sosial selepas penyokong mendapati wajahnya hampir sama dengan bekas pemenang Ballon d'Or itu.

Gambar Minnies ketika beraksi dipadankan bersama Ronaldinho ketika era kegemilangannya dan persamaan mereka dilihat sangat ketara apatah lagi kedua-duanya memakai jersi kuning.

Minnies pemain wanita berbakat yang sudah meledak 23 gol dalam semua kejohanan bagi membantu Sundowns mengekalkan gelaran Liga Super selain mara ke final kelayakan Piala COSAFA dan Liga Juara-Juara Wanita CAF.

Minnies

Penyokong menuntut Ronaldinho melakukan ujian DNA. Agensi

Isnin lalu, dia sekali lagi menjaringkan gol ketika Sundowns membelasah Costa Do Sol 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita CAF.

Persamaan mereka menarik perhatian penyokong yang membandingkan kedua-duanya di media sosial.

Untuk makluman, Minnies lahir pada tanggal 14 November 2001, lapor Sportskeeda.

Pada 2018, dia merupakan prospek bagi pasukan Afrika Selatan dalam Piala Dunia Wanita Bawah-17 tahun (B17). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram