Kecewa prestasi Sang Penyu 11 tahun lalu, Menteri Besar Terengganu tampil hulur bantuan


  • Podium
  • Khamis, 07 Sep 2023

Skuad Terengganu musim 2012. — Agensi

SEBELAS tahun lalu, prestasi buruk yang ditampilkan oleh Terengganu FA dan T-Team dalam saingan Piala Malaysia mendapat reaksi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang sekali gus tampil menghulurkan bantuan.

Tujuannya berbuat demikian berikutan kedua-dua pasukan tersebut mempamerkan prestasi hambar menyebabkan mereka gagal layak ke suku akhir Piala Malaysia ketika itu.

Skuad Sang Penyu ketika itu diletakkan dalam Kumpulan B Piala Malaysia, namun hanya menamatkan saingan di kedudukan tercorot selepas hanya mengutip empat mata.

MB Ganu

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. — Agensi

Nasib sama turut dihadapi T-Team yang hanya mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam enam perlawanan, sekali gus menamatkan saingan di tangga terbawah.

Melihat kepada situasi itu, beliau dilaporkan meneliti laporan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) dengan lebih terperinci dan segala keputusan termasuk kemasukan pemain baharu adalah dibawah kekuasaannya.

Ahmad Said dilaporkan turut dibantu oleh pengurusan PBSNT sebelum membuat sebarang keputusan mengenai penubuhan pasukan, pemilihan pemain dan sebagainya.

Ahmad yang menyedari bahawa ramai pemain tidak cukup bagus untuk kedua-dua pasukan dan sebahagian daripada mereka hanya 'penumpang' walaupun di barisan hadapan.

Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan mengatur perlawanan terhadap skuad Terengganu, Ahmad dilaporkan berkata, pihak mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Ahmad turut dilaporkan berkata, beliau enggan mengulas apabila ditanya mengenai perbalahan antara jurulatih Terengganu Peter James Butler dan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Di bawah pemerhatian Menteri Besar Terengganu ketika itu, kelemahan dan kekurangan turut diperbaiki bagi meletakkan prestasi pasukan di landasan yang betul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram