Cemerlang berdepan Syria, bintang Sabah diharap mampu gegarkan gawang China


  • Podium
  • Jumaat, 08 Sep 2023

Sekitar sesi latihan barisan pemain skuad kebangsaan untuk menghadapi China pada Sabtu. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat pasukan 100 terbaik dunia, Syria dengan keputusan 2-2 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, China pada Rabu.

Selepas ketinggalan pada babak pertama, Harimau Malaya bangkit untuk mengikat kedudukan menerusi dua pemain gantian, iaitu Akhyar Rashid dan Darren Lok yang masing-masing mencetak jaringan pada minit ke-51 dan m-84.

Kemenangan itu sekali gus mempertahankan rekod tanpa kalah dalam aksi persahabatan antarabangsa sejak Mac lepas.

Kegigihan dan kerja keras yang ditampilkan oleh skuad kendalian Kim Pan-gon nampaknya memberikan hasil yang baik apabila berjaya menghadiahkan senyuman kepada jutaan penyokong yang berada di tanah air.

WhatsApp Image 2023-09-08 at 21.45.04

Tonggak tengah Sabah FC, Stuart Wilkin. — Facebook

Bagaimanapun, nama tonggak tengah Sabah FC, Stuart Wilkin menjadi bualan hangat penyokong tanah air apabila dilihat menampilkan aksi yang cukup cemerlang bersama skuad kebangsaan.

Persembahan baik yang ditampilkan oleh Stuart Wilkin dalam perlawanan itu sekali gus menunjukkan kehebatan dan kualiti pemain tengah berusia 24 tahun dalam membantu skuad Harimau Malaya memberikan ancaman kepada pihak lawan.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong tanah air menjangkakan pemain Sang Badak tersebut akan menjaringkan gol buat pasukan kebangsaan ketika berdepan China nanti.

"Pemain yang bakal menjaringkan gol dari jarak jauh bertemu China nanti, Insya-ALLAH Amin..go go go," kata salah seorang penyokong di Facebook.

"Pemain terbaik sebenar lawan Syria hari itu, walaupun tidak bermain 90 minit tapi tenang dan volatile," kata Saya Shahfendi.

"Suka tengok Stuart ni main, tendangan luar kotak dia ni padu," kata Siti Zaleha Mohd Salleh.

"Tidak dinafikan selain Safawi, dia juga ada rembatan yang baik," kata Muhammad Firdaus Iman.

"Bukan sahaja rembatan cantik tapi dia ni antara pemain yang bagi 100 peratus setiap game," kata LaXmana Lanzmania.

Selepas ini, skuad kendalian Pan-gon bakal berdepan China dalam satu lagi aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Chengdu, China pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram