ARIF Aiman Hanapi, sebut sahaja nama pemain ini hampir kesemua penyokong bola sepak amat mengenali susuk tubuh individu yang memenangi anugrah Pemain Paling Bernilai (MVP) dua kali berturut-turut.
Bermula bersama Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Arif terus melebarkan sayap bersama Johor Darul Tazim (JDT) apabila mengenepikan pemain bintang, Safawi Rasid dalam skuad Harimau Selatan yang sebelum itu menjadi pilihan utama ketua jurulatih.
Musim ini, Arif menjaringkan tujuh gol dan melakukan 12 bantuan hantaran (assist) dalam 20 perlawanan terakhir Liga Super.
Baru-baru ini, aksi lincah Arif ketika bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat pujian orang ramai yang mana dia juga menjaringkan satu gol selepas melepasi tiga pemain pihak lawan.
Musim lalu Arif dinobatkan sebagai MVP Liga Malaysia.
Prestasi konsisten oleh Arif mendapat perhatian dua personaliti televisyen bola sepak iaitu Keeshmatstats dan Faiz Gurun dalam satu program Astro Arena, Bola itu Life baru-baru ini.
Keesh berkata, apa yang menarik tentang Arif bukanlah cara dia membawa bola atau pun 'finishing' tetapi kebijaksanaannya dalam permainan.
"Kalau tengok benda yang 'best' pasal Arif Aiman ini, bukan kebolehan gelecek dia atau pun menjaringkan gol.
"Kesemuanya berpunca daripada kebijaksanaan bola sepak dia, cara dia 'position' diri dia atas padang untuk dapatkan ruang.
"Cara dia buat 'decision in the split second' nak lepas dua atau tiga pemain, cara dia 'decide when is the perfect time' untuk melakukan rembatan.
"Kebanyakan 'decision making' dia itu, bagi saya berpunca daripada kebijaksanaan bola sepak yang ada pada Arif Aiman," katanya dalam program tersebut.
Manakala, Faiz Gurun pula memberikan gambaran bahawa kebijaksanaan bola sepak dimiliki Arif dan memuji cara berfikir pemain muda itu.
"Kalau nak tengok contoh dia, minggu lepas tengok gol ketiga ketika pasukan Kedah menentang JDT.
"Dia 'turn' itu, saya kagum dengan kebolehan dia membuat keputusan yang betul dan awal.
"Bila 'turn' itu dia dah buat, keputusan untuk melepaskan rembatan dan itulah yang dia lakukan tidak teragak-agak.
"Dan itu memerlukan 'intelligence' yang sangat tinggi, saya rasa 'IQ Football' dia atas 200, jadi 'intelligence' Arif Aiman Hanapi tak boleh dipertikai," jelasnya.
Sebelum ini, Arif dikaitkan dengan pasukan luar negara seperti Kashiwa Reysol (Jepun) yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada awal musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram