Duo import Selangor FC bakal menghadap Erling Haaland di Oslo


  • Podium
  • Selasa, 05 Sep 2023

Duo import Selangor FC berpotensi bertemu Erling Haaland dalam aksi persahabatan.

APABILA melihat saingan Liga Malaysia semakin dibanjiri dengan pelbagai pemain yang menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan negara masing-masing, ia adalah satu perkara yang cukup baik.

Ini memberikan petanda liga ini dipenuhi dengan pemain-pemain berkualiti yang memberikan impak bukan sahaja kepada kelab, tetapi juga untuk negara mereka.

Di Selangor FC misalnya, terdapat pelbagai pemain yang mewakili negara masing-masing termasuklah Brendan Gan, Sharul Nazeem dan Quentin Cheng yang mewakili Harimau Malaya.

Selain mereka, terdapat dua nama yang sering mewakili negara mereka di peringkat antarabangsa dalam skuad Selangor iaitu Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh.

Jordan vs Saudi Arabia during the AFC U23 Championship China 2018 Group C match at Changshu Sports Center on 10 January 2018, in Changshu, China. Photo by Yu Chun Christopher Wong / Power Sport Images

Noor Al-Rawabdeh antara pemain dianggap sebagai arkitek Jordan. — AFC

Selain Yazan dan Noor, bekas pemain Kedah Darul Aman FC iaitu Mahmoud Al-Mardi turut tersenarai dalam skuad kali ini.

Kedua-dua pemain import Gergasi Merah ini dipanggil sekali lagi oleh pengendali skuad kebangsaan Jordan, Hussein Amouta untuk menguatkan cabaran mereka dalam siri perlawanan persahabatan di Eropah.

Yazan dan Noor akan bersama-sama skuad kebangsaan Jordan terbang ke Oslo bagi menjalani dua perlawanan persahabatan iaitu menentang Norway dan juga Azerbaijan.

Ujian getir pastinya menanti duo import Selangor ini apabila mereka berpotensi berdepan perancang Arsenal iaitu Martin Odegaard dan penyerang handalan dunia iaitu Erling Haaland.

skysports-erling-haaland-norway_5802933

Erling Haaland bakal menanti duo import Selangor di Oslo. — Agensi

Haaland yang baru saja memenangi dua anugerah individu iaitu PFA Players' Player of the Year dan UEFA Men's Best Player of the Year pastinya akan menjadi ancaman utama bagi Jordan dan tugas berat akan menanti Yazan untuk mengawal pergerakannya sekiranya diturunkan kelak.

Jordan juga dalam rangka persiapan menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang bakal bermula tidak lama lagi sambil saingan pusingan akhir Piala Asia 2023 pada Januari 2024.

Jordan diundi bersama-sama Malaysia, Korea Selatan dan Bahrain dalam kumpulan E. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram