Minta Boakye 'out', fans Selangor damba dapatkan khidmat bekas pemenang Serie A


  • Podium
  • Selasa, 05 Sep 2023

Roberto Pereyra pernah beraksi dalam saingan English Premier League bersama-sama Watford. — Agensi

APA akan jadi jika pasukan Liga Malaysia ikat pemain yang pernah beraksi dalam saingan utama dunia?

Sudah pastinya ia akan mendapat publisiti meluas baik dari media tempatan atau antarabangsa. Malah, profil pasukan juga akan meningkat kerana pemain handalan tersebut menyertai mereka.

Kita pernah saksikan perkara ini menerusi Johor Darul Takzim (JDT), Harimau Selatan sewaktu kemunculan mereka pernah mendapatkan pemain-pemain handalan dunia.

Nama-nama seperti Simone Del Nero, Dani Guiza yang merupakan pemain Sepanyol terakhir memenangi gelaran penjaring terbanyak La Liga serta Pablo Aimar, idola kepada 'kambing' bola sepak sejagat iaitu Lionel Messi - kesemuanya pernah menyarung jersi JDT.

Kini ada usaha untuk Selangor FC cuba mengambil jalan yang sama. Kali ini dengan mendapatkan bekas pemain Watford iaitu Roberto Pereyra.

Pereyra merupakan pemain tengah yang mempunyai pelbagai pengalaman beraksi di Eropah. Detik terbaik dalam kariernya adalah ketika beraksi bersama-sama gergasi Serie A iaitu Juventus.

Sewaktu bersama Juventus, pada waktu itulah Pereyra memperoleh kesemua kejuaraan diraihnya dalam kariernya. Dia meraih dua gelaran Serie A dan Coppa Italia serta satu Supercoppa Italiana.

qrlhq4clpms0pi7gvrei

Pereyra pernah menyertai Juventus dan meraih kejuaraan Serie A. — Agensi

Kini tidak mempunyai kelab, terdapat cadangan dari penyokong Selangor bagi menguatkan barisan serangan dengan mendapatkan Pereyra.

"Harapnya Selangor boleh ikat kontrak (dengan) pemain ini. Roberto Pereyra beraksi di posisi tengah dan pemain tengah menyerang.

"Dapat bergandingan dengan Brendan Gan, padu wuuu. (Guna pula formasi) 4-2-3-1 dengan Ayron del Valle sebagai penyerang. Richmond (Boakye) out," cadang penyokong bernama Shah Dx.

Cadangan itu tampak bagus namun begitu, ia pastinya sukar untuk direalisasikan oleh pengurusan Gergasi Merah kerana gaji pemain itu yang tinggi.

ya7anji537m4ponkuofh

Nguyen Quang Hai menjadi alternatif untuk Selangor dapatkan berbanding Pereyra. — AFC

"Nampak bagus, tapi harga macam tu agak mustahil untuk Selangor nak offer. Falcao yang nilai pasarannya 2 juta pun TMJ tak mampu nak sign," kata Muhammad Tareq Ziad.

Penyokong-penyokong lain pula sebaliknya mencadangkan agar Selangor mencari pemain pertahanan kerana di situlah masalah sebenar Gergasi Merah.

"Cari pemain pertahanan lebih baik rasanya," ujar Muhd Aniq.

"Mantapkan dulu fullbacks, pergi dapatkan Azam Azmi dan (seorang) pertahanan kiri, barulah fikir nak ambil dia ni ke tidak. Kalau nak lagi sedap, cuba dapatkan Nguyen Quang Hai. Waktu tu juga JDT goyang dengan Selangor," komen Suhaimi Suratmat.

"Carilah pertahanan tengah persis Ramez Dayoub, Mehmed Durakovic. Paling tidak kualiti macam Ugo Ukah. Barulah steady bergandingan dengan pertahanan tengah tempatan. Baru ada kepimpinan. Ni bahagian atas je hebat, pertahanan hancur lebur pun tak guna," tulis Lafizulnizam Abdul Latip.

Sebagai rekod, Udinese merupakan kelab terakhir yang diwakili Pererya sebelum dilepaskan pada awal musim 2023/2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram