[VIDEO] Empat tahun lalu, fans dah ramal kesilapan Man United jual Smalling ganti Maguire


  • Podium
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Maguire musim ini belum melakukan sebarang penampilan bersama United dalam saingan liga. — Agensi

PEMAIN pertahanan Manchester United, Harry Maguire terus menjadi mangsa kecaman para penyokong The Red Devil apabila sering melakukan kesilapan mudah ketika diberi kepercayaan untuk turun beraksi di atas padang.

Musim ini, Maguire belum lagi mendapat peluang untuk berada dalam kesebelasan utama United mahupun sebagai pemain gantian.

Sebelum ini, Maguire melakukan kesilapan mudah ketika aksi pra musim menentang Athletic Bilbao pada 6 Ogos lalu yang menyaksikan United terikat dengan keputusan 1-1 di Stadium Aviva, Ireland.

Ketika itu, Maguire menerima hantaran daripada pertahanan Aaron Wan-Bissaka namun kawalan lemahnya membolehkan bola dirampas penyerang lawan sebelum Nico Williams menewaskan penjaga gol, Andre Onana.

Situasi itu menyebabkan menyebabkan penyokong Man United tidak tahan lagi dengan meluahkan kemarahan dan menggesa pemain itu dijual dengan segera.

Namun adakah anda tahu, empat tahun lalu seorang penyokong telah menyatakan bawah United melakukan kesilapan besar menjual Chris Smalling ke AS Roma dan membeli Maguire dengan harga RM409.2 juta pada 2019.

Menerusi video yang dikongsikan @Ronnykl7 dalam Instagram, seorang penyokong berkata, secara fakta Smalling bakal menjadi pemain yang lebih baik berbanding Maguire.

Ketika itu, kelihatan beberapa penyokong tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan oleh lelaki tersebut empat tahun lalu.

"Percaya saya, Smalling ke AS Roma dan saya beri tahu anda secara fakta, dia lagi bagus daripada Maguire," ujarnya.

Cerita berbeza buat Smalling apabila musim lalu dia menjadi pilihan utama pengendali Roma, Jose Mourinho dan berjaya melakukan 41 penampilan bersama kelab Itali itu.

Smalling

Smalling kini cemerlang beraksi bersama Roma. Agensi

Sebelum ini, Maguire mengesahkan dia sudah dilucutkan daripada tugas sebagai kapten Man United.

Maguire sebelum ini dinamakan kapten oleh bekas pengendali, Ole Gunnar Solskjaer enam bulan selepas ketibaannya di United pada 2019.

Namun bintang England itu hanya membuat 16 penampilan liga musim lalu dengan pemain tengah Bruno Fernandes memakai lilitan lengan semasa ketiadaannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram