[VIDEO] Berang tak dapat skor, Messi lepas geram tepis bek tengah 23 tahun


  • Podium
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Maher (kiri) diberi peranan penting untuk menyekat gerakan Messi selain mengganggunya dari segi mental. — Agensi

PASUKAN Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat, Nashville SC mencipta kejutan apabila menghalang Inter Miami yang diwakili legenda bola sepak dunia, Lionel Messi daripada menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan pada Khamis.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium DRV PNK pada Khamis, Nashville SC yang merupakan pasukan pelawat memilih untuk memastikan mereka mampu pulang dengan satu mata.

Jadi, tidak menimbulkan sebarang keraguan memandangkan barisan kejurulatihan pasukan memilih untuk mengarahkan pemain pertahanannya, Jack Maher untuk mengawasi gerak-geri Messi.

Selain sering mengganggu gerakan bekas penyerang Barcelona itu, bek tengah tersebut turut dilihat melakukan asakan di luar situasi permainan untuk memberi tekanan terhadap lawannya.

Berang dengan kelakuan Maher, Messi memilih untuk menolak bek kelahiran Amerika Syarikat tersebut dengan perkara itu sempat dirakam dan disiarkan ke seluruh dunia.

Sejak hadir ke Inter Miami Julai lalu, penyerang berusia 36 tahun itu sering membantu pasukannya untuk meraih kemenangan, termasuk ketika perlawanan akhir Piala Liga MLS menentang Nashville SC.

Kehadirannya juga berjaya menaikkan lagi reputasi sukan bola sepak dalam kalangan masyarakat di negara itu dengan reputasinya tidak perlu lagi diperkenalkan.

Bagi Maher pula, kebolehan dan ketangkasan yang dipamerkan sepanjang mengawasi gerak-geri Messi sudah cukup untuk menarik minat orang ramai yang cukup tertarik dengan pendekatannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram