Apache Assassin milik JDT pada 6 tahun lepas


  • Podium
  • Selasa, 01 Ogos 2023

Juara Liga Super 2017, Johor Darul Takzim. — Agensi

ENAM tahun lalu, pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) sah mengikat pemain import Argentina, Jeronimo Barrales untuk melengkapkan kouta import pasukan tersebut bagi mengharungi Liga Malaysia 2017.

Tampil dengan posisi penyerang, bekas Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez melaporkan pemain import berkenaan dikenali sebagai 'Apache Assassin'.

Ketika itu, kehadiran penyerang import baharu tersebut dilaporkan menggantikan posisi Juan Martin Lucero yang dijual ke kelab Mexico, Club Tijuana.

Bukan sahaja Lucero malah skuad Harimau Selatan juga sah melepaskan pemain yang bergelar pemenang Anugerah Kasut Emas, Jorge Pereyra Diaz kerana permintaan gaji yang tinggi.

jeron

Jeronimo Barrales pernah beraksi bersama JDT. — Agensi

Import baharu JDT, Jeronimo Barrales merupakan seorang penyerang yang pernah beraksi bersama Atletico Madrid pada musim 2013/2014 dan kelab Turki, Sivasspor pada 2015.

Pengendali JDT itu turut melaporkan kelab berkenaan akan menggantikan pemain antarabangsa Singapura Hariss Harun yang dilaporkan akan dipinjamkan keluar dengan pemain dengan kerakyatan Iraq, Brian Ferreira akan menjadi penggantinya.

JDT juga pernah meningkatkan skuad mereka dengan menandatangani seorang lagi pemain Argentina, Gonzalo Cabrerra, dan bekas penyerang PKNS FC Gabriel Miguel Guerra, yang dilaporkan bermain untuk JDT II.

Bukan itu sahaja, juara bertahan Liga Super itu juga mempunyai seorang lagi pemain import pertahanan Brazil, Marcos Antonio yang khidmatnya dikekalkan ketika itu.

Sehingga ke hari ini, JDT merupakan salah satu pasukan yang berjaya membawa masuk pemain import berkualiti untuk membantu pasukan Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram