Gara-gara aksi tak senonoh, pemain Queretaro dilayangkan kad merah


  • Podium
  • Khamis, 31 Ogos 2023

Tangkap layar aksi dalam rakaman video tersebut. — Agensi

PEMAIN Queretaro, Omar Israel Mendoza dilayangkan kad merah apabila melakukan aksi tidak senonoh meraba punggung pihak lawan semasa perlawanan menentang Atlas FC dalam saingan Liga MX pada Khamis.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan Atlas FC mendahului dengan keputusan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Augusto Solari.

Menerusi satu rakaman video, pada minit ke-62, Mendoza bertindak meraba punggung salah seorang pemain Atlas, Brian Lozano ketika ingin merampas bola sehingga kedua-dua pemain itu terjatuh.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan pengendali Atlas FC, Benjamin Mora kerana mengetahui ia adalah salah satu taktikal pasukan Queretaro.

Susulan itu, selepas pembantu pengadil video (VAR) meminta pengadil melihat insiden berkenaan di monitor, pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Mendoza.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, namun skuad Los Albiazules berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Emanuel Gularte pada minit ke-81.

Bagaimanapun, Juan Manuel Zupata menyumbat gol kemenangan kepada Atlas pada minit-minit akhir babak kedua yang berakhir dengan keputusan 2-1. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram