Bukan pilihan Solari, tapi 3 bintang JDT ini gegarkan padang setiap kali beraksi


  • Podium
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Meskipun jarang diturunkan, kesemua pemain JDT pastinya mencuba habis-habisan setiap kali beraksi. — Facebook/ JohorSouthernTigers

NAMA Johor Darul Takzim (JDT) tidak asing dalam dunia bola sepak tanah air apabila sering dikaitkan dengan kemenangan demi kemenangan, antaranya juara Piala Malaysia sekali gus mencipta kejayaan 'quadreble' selepas memenangi saingan Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super musim 2022.

Tidak dinafikan bahawa JDT memiliki barisan pemain yang boleh dikatakan cukup sempurna dari pelbagai aspek antaranya jentera serangan, pemain tengah dan pertahanan skuad tersebut.

Dalam pada itu, tidak dinafikan bahawa pasukan Harimau Selatan memiliki hampir keseluruhan barisan pemain yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan masing-masing di atas padang.

Bagaimanapun, JDT sememangnya mempunyai ramai bintang yang berkualiti sehingga menyukarkan beberapa pemain mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan.

Sungguhpun diberi peluang beraksi bersama skuad utama namun masih sukar untuk mendapatkan perhatian daripada Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang jarang mendapat perhatian Solari walaupun dilihat memberi impak kepada skuad Harimau Selatan:

WhatsApp Image 2023-08-29 at 21.26.59

Pemain naturalisasi JDT, Natxo Insa. — Instagram/natxoinsa

1) Natxo Insa

Natxo Insa antara watak utama yang pernah menjadi pilihan utama oleh pengendali JDT sebelum ini, namun tidak berkekalan selepas perlu bersaing dengan pemain seperti Syamer Kutty dan Hong Wan.

Pemain yang berstatus naturalisasi itu juga pernah mengemudi pasukan JDT dengan lilitan kapten dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim lepas.

Natxo yang berusia 37 tahun, pastinya sukar untuk berada dalam kesebelasan utama JDT pada ketika ini walaupun mahir dalam membaca gerak-geri lawan selain tenang melakukan hantaran.

Musim ini, Natxo hanya sempat beraksi sebanyak lima perlawanan Liga-M bersama skuad JDT.

WhatsApp Image 2023-08-29 at 21.19.49

Pemain berdarah kacukan, Oscar Arribas. — Instagram/oscararribas_8

2) Oscar Arribas

Pemain kacukan Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas pernah menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh Solari agar bermain di posisi bek kiri yang menggantikan Corbin Ong.

Sungguhpun diberi peluang, namun kehadiran Arribas dalam skuad JDT seperti tidak mendapat perhatian Solari selama-lamanya.

Arribas sudah mencetak tiga gol dan empat assist selepas 16 perlawanan Liga Super musim ini.

Sebelum menyertai Harimau Selatan, Arribas merupakan pemain FC Cartagena dengan kontrak setahun pada musim 2020.

afiq

Afiq tampil dalam 15 perlawanan Liga Super 2023 musim ini bersama JDT. — Facebook

3) Afiq Fazail

Pertahanan tengah JDT, Afiq Fazail antara pemain yang tidak dinafikan mampu menguasai padang dengan efektif.

Bukan itu sahaja, pemain berketinggian 1.71 meter itu juga mempunyai kehebatan tersendiri terutamanya kebijaksanaan dan ketenangannya mengatur permainan melalui hantarannya.

Walaupun memiliki kelebihan di atas padang, namun anak jati Johor itu dilihat sukar untuk mendapat perhatian Solari.

Hal ini kerana, berdasarkan formasi utama Solari musim ini, dia lebih berminat untuk menurunkan dua pemain tengah dengan slot itu sering diisi Hong Wan serta Leandro Velazquez.

Dalam saingan Liga Super 2023, JDT gah mengungguli carta pertama dengan memegang rekod tanpa kalah dan mengutip 61 mata selepas 21 perlawanan berlangsung setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram