Makin curi perhatian, fans Harimau Selatan mula hitung hari-hari Hidalgo ke JDT


  • Podium
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Sebahagian aksi antara pemain Sang Kenari menentang Harimau Selatan dalam saingan Liga Super 2023. — Facebook/MFL

KEDAH Darul Aman (KDA) FC menangguhkan Johor Darul Takzim (JDT) daripada bergelar juara Liga Super musim ini apabila mencatat keputusan seri 3-3 pada aksi Liga Super ke-21 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.

Skuad Harimau Selatan yang mengidam sambutan kejuaraan lebih awal untuk melakar sejarah 'Perfect 10' dengan menjuarai Liga Super kali ke-10 berturut-turut bagaimanapun terpaksa menunggu sedikit masa lagi apabila mengumpul 61 mata selepas mengharungi 21 perlawanan liga musim ini.

Stadium Darul Aman menjadi saksi perlawanan yang penuh dramatik antara kedua-dua pasukan itu sekali gus melakar sejarah apabila Kedah satu-satunya pasukan yang berjaya mengikat Harimau Selatan dalam saingan musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, Ifedayo Olesegun, Manny Ott dan Amirbek Juraboev antara watak penting yang berjaya membantu mencuri mata ketika berdepan JDT.

WhatsApp Image 2023-08-29 at 12.01.40

Penyerang muda Kedah FC, Hidalgo tampil cemerlang ketika berdepan JDT. — Facebook/MFL

Bagaimanapun, tidak ada angin tidak ada ribut, nama penyerang muda KDA FC, Manuel Hidalgo tiba-tiba hangat jadi bualan apabila menjadi idaman fans untuk berhijrah ke JDT.

Ini mungkin kerana persembahan mantap pemain sayap itu dirasakan sangat mengagumkan dan wajar disambar JDT yang terkenal kerana membariskan pemain-pemain gred A.

Oleh itu, terdapat beberapa penyokong Harimau Selatan seperti tidak sabar menanti kehadiran tonggak import KDA FC ke skuad Harimau Selatan.

"Tunggu dua atau tiga tahun lagi jadi naturalisasi. Lepas itu, faham-fahamlah dia pergi mana," kata @acap.9.

"Lima tahun, dia jadi naturalisasi, JDT pun beli, okay lah kan?," kata @fhmihmdn.

"Setuju, cukup tahun, naturalisasi sebab umur muda lagi," kata @_ijhar.

"Sabar, sekarang belum lagi. Tunggu time dia sudah dinaturalisasikan. Kuota bukan untuk import, time itu baru sapu," kata @azeemidonn99.

Bukan sahaja dikhabarkan ke JDT malah penyerang kelahiran Argentina itu pernah dikaitkan berhijrah ke kelab PS Barito Putera Liga 1 Indonesia.

Susulan itu, belum ada pengumuman rasmi yang dibuat oleh kedua-dua pasukan tersebut setakat ini.

Untuk rekod, Hidalgo sudah mencetak tiga gol dan 10 assist selepas 21 perlawanan Liga Super musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram