Jangan hanya fikirkan kesalahan orang lain — Wan Zack


  • Podium
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Pemain tengah Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor. — Instagram/wanzackhaikalwannor

BERMAIN di hadapan lebih 6,000 penyokong tidak langsung memberi kelebihan buat pasukan Perak FC apabila dibelasah 4-0 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad.

Jangkaan skuad Seladang mampu mengulangi momentum seperti ketika menentang Penang FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) meleset apabila The City Boys dengan mudah menundukkan pasukan kendalian Yusri Che Lah itu.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Seladang gagal mencipta sebarang peluang malah dihukum dengan pasukan pelawat pada babak pertama dengan dua jaringan berjaya disumbat oleh Kipre Thcethce dan Sebastian Avanzini.

Bagaimanapun, skuad kendalian Yusri Che Lah turut mencipta peluang namun palang menjadi penghalang rembatan Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-50.

WhatsApp Image 2023-08-29 at 15.12.33

Tangkap layar hantaran tersebut. — Instagram/wanzackhaikalwannor

Dalam pada itu, tampil membuat kenyataan menerusi laman Instagram, pemain tengah Perak FC, Wan Zack berkongsikan kata-kata semangat yang pastinya dituju untuk rakan sepasukannya.

Dalam hantaran tersebut, Wan Zack juga berharap agar skuad Seladang bangkit terus ke hadapan dan melupakan kekalahan tersebut.

"Keputusan yang menyedihkan, sama-sama kita mengambil tanggungjawab ini dan bukan hanya memikirkan kesalahan orang.

"Keep fighting because to success it not easy way we have to face every single things before that.

"Lets move forward and never turn back," katanya dalam hantaran tersebut.

Kini, Perak FC berada pada kedudukan ke-11 dengan mengutip 16 mata selepas 21 perlawanan Liga Super berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram