Sempat bertemu bekas bek Kedah petanda jelas 'Lord Paula' bakal tinggalkan Liga M


  • Podium
  • Rabu, 30 Ogos 2023

De Paula mempunyai beberapa gol buat skuad Hang Tuah dalam saingan Liga M3 musim ini. — Facebook/Melaka FC

SELEPAS khidmatnya semakin dilupakan bersama Johor Darul Takzim (JDT), penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula memilih untuk berhijrah secara pinjaman ke kelab Liga M3, Melaka FC.

Keputusan itu dibuat memandangkan dia sudah kehilangan tempat bersama skuad senior Harimau Selatan dengan penampilan terakhirnya secara profesional adalah ketika saingan Liga Super 2021 bertemu Petaling Jaya (PJ) City FC.

Meskipun pernah diturunkan beberapa kali dalam pasukan negara tahun lalu, kemampuan penyerang kelahiran Brazil itu sememangnya sudah pudar jika hendak dibandingkan ketika dia berada di kemuncak kariernya.

Tetapi, kehadirannya bersama skuad Hang Tuah memberi sedikit kelegaan memandangkan de Paula sudah beberapa kali menggegarkan jaring lawan dalam saingan Liga M3.

WhatsApp Image 2023-08-30 at 15.20.02

Renan Alves (kiri) ketika bertemu de Paula di sebuah kelab malam.

Sumbangan tersebut jelas mencuri perhatian beberapa pasukan yang secara terbuka meluahkan minat untuk mendapatkan khidmatnya meskipun Melaka FC tidak berada dalam prestasi memberangsangkan setakat ini.

Antara pasukan yang dikatakan berminat untuk menyambar de Paula ialah kelab Liga 1 Indonesia, Bali United dengan penyokong pasukan itu cukup berminat dengan reputasinya.

Bagaimanapun, dengan penyerang berkenaan difahamkan masih mempunyai kontrak jangka masa panjang dengan JDT, perkara tersebut hanya kekal sebagai khabar angin sehingga kini.

Tetapi, baru-baru ini, timbul satu khabar angin di media sosial apabila penyerang berkenaan bertemu bekas bek tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Renan Alves.

Berdasarkan satu hantaran di InstaStory pemain itu, kedua-dua mereka bertemu di sebuah kelab malam yang tidak dipastikan lokasinya sambil ditemani seorang lagi individu tidak dikenali.

175711812_183963716898320_2495255793626429333_n

Renan Alves merupakan salah seorang bek tengah berkualiti buat skuad Sang Kenari. Facebook/KDA FC

"Secara tiba-tiba sahaja! De Paula! Anda memang seorang yang cukup hebat, bro," tulis Alves menggunakan bahasa Portugis memandangkan kedua-dua mereka berasal dari Brazil.

Ketika ini, bek tengah berusia 30 tahun itu sedang beraksi bersama PS Barito Putera sejak menyertai kelab itu pada 2022 selepas berhijrah dari skuad Sang Kenari.

Kedua-dua pemain itu pernah memeriahkan arena bola sepak tempatan, lebih-lebih lagi ketika de Paula masih bersama Perak FC sementara Alves membina nama bersama KDA FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram