Komen acah ‘poyo’ ex-coach Perak, Bobie dan bintang skuad TBG pertahan Yusri Che Lah


  • Podium
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Bobie cukup dikenali dengan pendekatan tegasnya dalam mempertahankan pemain serta staf kejurulatihan skuad TBG. — Facebook/Perak FC

KEKALAHAN 0-4 yang dialami Perak FC kepada Kuala Lumpur (KL) City FC di laman sendiri jelas sukar diterima rata-rata penyokong pasukan Utara tanah air itu.

Kesilapan mudah daripada bek tengah skuad The Bos Gaurus (TBG), Sunday Afolabi membolehkan pihak pelawat berada di hadapan menerusi gol Tchetche Kipre pada minit ke-30.

Selepas gawang mereka dibolosi, Perak FC seperti tiada usaha untuk mengikat semula kedudukan apabila mereka gagal merencanakan serangan ke arah kubu pertahanan lawan.

Rentak permainan mengecewakan itu akhirnya membawa padah apabila skuad Warga Kota menambah tiga gol lagi pada separuh masa kedua dengan Sebastian Avanzini, Paulo Josue dan Sean Gianelli menambah derita buat tuan rumah.

Kekalahan tersebut semestinya melukakan hati kira-kira 6,000 penyokong skuad TBG yang bersemangat untuk hadir ke Stadium Ipoh, Perak untuk memberi sokongan buat kesemua pemain di atas padang.

370567143_310614064852309_8283907200426909140_n

Pendekatan taktikal Yusri ketika berdepan KL City FC dipersalahkan. Facebook/Perak FC

Oleh itu, kegagalan untuk mencatatkan sebarang mata pada Ahad semestinya sukar diterima sehingga sebilangan daripada mereka mula menyalahkan ketua jurulatih pasukan, Yusri Che Lah.

Meskipun berjaya menyuntik moral sejak dilantik Mei lalu, persembahan lemah longlai ketika berdepan KL City FC pastinya tidak boleh diterima.

Jadi, untuk meluahkan rasa kecewa itu, peminat setia TBG mula mengeluarkan komen sinis di laman media sosial dengan ada yang mengharapkan agar perubahan dapat dibuat Yusri dengan segera.

Bagaimanapun, di sebalik pandangan yang diluahkan itu, terselit satu perkongsian kurang menyenangkan daripada bekas jurulatih penjaga gol Perak FC, Zuraimi Hasan.

"Kau poyo je Yus," tulisnya pendek di ruangan komen Facebook rasmi skuad TBG yang memaparkan gambar Yusri di dalam bilik persalinan sebelum perlawanan berlangsung.

WhatsApp Image 2023-08-29 at 17.30.18

Komen daripada Zuraimi Hasan dibalas Wan Zack Haikal di laman media sosial rasmi Perak FC.

Umum mengetahui bahawa Zuraimi mempunyai hubungan tegang dengan Perak FC meskipun cerita benar di sebalik kedua-dua pihak itu tidak didedahkan secara meluas.

Namun, berdasarkan komen itu, ia jelas menceritakan bahawa konflik antara mereka masih belum diselesaikan sehingga bekas jurulatih di Kelantan FC dan Felda United itu sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Tetapi, episod 'perang dingin' tersebut tidak terhenti di situ apabila pemain senior Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor serta Ketua Pegawai Eksektutif Interim kelab, Bobie Farid Shamsudin membalas komen pendek itu.

"Buat kerja kau sana, jangan memekak macam orang tiada akal. Umur pun dah tua, rilek-rilek je. Biar ALLAH yang atur hidup kita, jangan sibuk hal orang," tulis Wan Zack.

370942129_310688224844893_1926658050789920636_n

Wan Zack merupakan antara yang diturunkan ketika berdepan skuad Warga Kota. Facebook/Perak FC

"Meroyan tak habis-habis bila tak dapat sambung kontrak, meroyan je lah tiap-tiap hari. Apa yang dia tak puas hati sangat pun tak tahu.

"Apabila sesebuah pihak tidak melantik kau untuk sesuatu pekerjaan, maknanya kerja kau yang tak bagus, senang cerita," balas Bobie menerusi akaun Facebook Arie Sham.

Sejak kehadiran Yusri, skuad TBG sudah berada di tahap lebih baik, termasuk ketika mereka menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia.

Namun, kisah berbeza berlaku dalam Liga Super apabila Perak FC masih kekal dalam kelompok lima pasukan terbawah meskipun berjaya mengumpul tujuh mata daripada sembilan perlawanan terakhir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram