Liridon kongsi detik cemas rasai gempa bumi buat pertama kali di Bali


  • Podium
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Tonggak Terengganu FC, Liridon Krasniqi. — Facebook

PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi yang kini berada di Indonesia berkongsi detik cemas apabila merasai gegaran gempa bumi yang berlaku awal pagi di Bali.

Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, tonggak Terengganu FC itu meluahkan pengalamannya ketika berdepan insiden mencemaskan tersebut.

"Untuk pertama kali dalam hidup, saya merasai sendiri gegaran gempa bumi yang berlaku di Bali. Agak menakutkan tapi semuanya selamat...Alhamdullilah," katanya.

WhatsApp Image 2023-08-29 at 13.06.10

Tangkap layar Insta Story tersebut.

Menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean Seismological Centre (EMSC), gempa bumi kuat melanda kawasan laut dalam ke utara pulau Bali dan Lombok di Indonesia kira-kira pukul 2.55 pagi pada Selasa.

Agensi geologi Indonesia dan Amerika Syarikat menetapkan kekuatan gempa itu pada magnitud 7.1, tanpa ancaman tsunami.

Gempa itu dirasai sejurus sebelum 4 pagi merentasi kawasan pantai di Bali dan Lombok dan diikuti dua gempa bumi susulan bermagnitud 6.1 dan 6.5, menurut agensi geologi Indonesia lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram