Aguero tak mahu Harimau Malaya terlalu hormati China, Syria


  • Podium
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Aguero diberikan peluang untuk beraksi dalam skuad negara ketika kempen Piala AFF awal tahun lalu. — Facebook/FAM

PEMAIN naturalisasi negara, Sergio Aguero tidak mahu memandang tinggi pasukan lawan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 di Chengdu, China pada September.

Pandangan itu dikongsikan tonggak Sri Pahang FC tersebut melihat kepada skuad negara ketika ini yang juga sedang melalui fasa perubahan positif dari semasa ke semasa.

"Saya rasa pasukan ini sudah banyak berkembang dari tahun ke tahun. Saya terlepas perlawanan sebelum ini akibat masalah kecederaan.

"Tetapi, kini, saya sudah berlatih secara normal bersama pasukan dan saya boleh buktikan kepada jurulatih bahawa saya sudah bersedia untuk memperkuatkan skuad kebangsaan," katanya kepada Astro Arena.

Harimau Malaya kini sedang sibuk mengadakan persiapan untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan berdepan Syria dan China pada 6 dan 9 September ini.

Dua perlawanan antarabangsa kali ini adalah sebagai persiapan bagi menghadapi Piala Asia di Qatar awal tahun depan selepas diundi berdepan Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram