'Penyakit lama datang balik', fans kecewa Perak sekadar main 'back pass' lawan KL City


  • Podium
  • Ahad, 27 Ogos 2023

Pasukan Perak FC dikatakan banyak bermain secara back pass berbanding membuat serangan ke gawang lawan. — Facebook/ Perak FC

PERAK FC gagal mengekalkan momentum kemenangan selepas aksi Piala Malaysia menentang Kedah, apabila tidak berjaya mendapatkan sebarang mata dalam pertembungan dengan KL City pada Ahad.

Aksi Liga Super minggu ke-21 yang berlangsung di Stadium Perak menyaksikan anak-anak buah Nenad Bacina membawa pulang 3 mata berharga selepas menewaskan skuad The Bos Gaurus (TBG) dengan keputusan 4-0.

Skuad The City Boys mendapat peluang menerusi kesilapan pertahanan TBG, Sunday Afolabi yang memberikan Tchetche Kipre gol pembukaan pada minit ke-30.

Permainan di depan 6,998 penonton di Stadium Perak agak perlahan tanpa sebarang tambahan jaringan hingga wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan.

371335385_310660388181010_4824910123379679500_n

Kesilapan Afolabi memberikan peluang kepada Kipre untuk mencipta jaringan. — Facebook

Memasuki separuh masa kedua, pemain import Itali KL City, Sebastian Avanzini menanduk masuk sepakan percuma kapten pasukan, Paulo Josue untuk memastikan KL City mendahului di kandang lawan.

Josue menjarakkan kedudukan KL City dengan jaringan ketiga sebelum Sean Giannelli yang masuk sebagai pemain gantian merembat masuk gol keempat pada minit ke-87.

Rata-rata penyokong Perak berpendapat skuad kendalian Yusri Che Lah tidak dapat meneruskan momentum positif dalam aksi menentang KL City kerana lebih banyak bermain secara defensif berbanding The City Boys yang lebih banyak menyerang walaupun beraksi dalam mod sama.

"Sekadar pendapat...nampak jelas kedua-dua team main mod defensif. Semua pakat passing belakang sampai ke penjaga gol sendiri," komen Syahrul Nuzur Sarip.

"Game paling bosan setakat ini. Hantaran liar yang sia-sia. Gameplan bermula dari bawah tetapi hantaran tak tepat untuk attacking. Shooting try pun tak ada," tambah Razaligh Hamzah.

371116746_735694258568467_418043947937967527_n

Skuad KL City meraikan kejayaan selepas memperoleh kelebihan gol ke atas Perak. — Facebook

Sementara itu, seorang penyokong, Tajul Ikhwan berasakan kualiti individu dan kualiti pasukan Perak amat ketara.

"Patut main pressing bukan back pass, liga nak rehat dua minggu, suku akhir Piala Malaysia lama lagi.

"Di bantai atas kesilapan pemain. First gol silap Sunday, gol ke-4 macam biasa keeper. Comeback stronger Perak. KL bukan level Perak. Pemain KL dah solid beberapa tahun ni," ujarnya.

"Ingatkan penyakit lama main passing belakang dah dilupakan...betul-betul tak nak belajar dari kesilapan," kata Osman Sajjad.

Azim Shamsudin pula berpendapat faktor padang licin akibat cuaca hujan mungkin merencatkan corak permainan Perak, namun

KL City berada di tangga ke-7 dengan 31 mata manakala Perak FC menghuni tangga ke-11 dengan 16 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram