Dah tak lama, 3 games terbaharu bertemu peminat e-sports September nanti


  • eSports
  • Sabtu, 26 Ogos 2023

Penyerang Manchester City, Erling Haaland sebagai 'cover star‘ bagi Standard Edition. — Agensi

DUNIA e-sports kini semakin mendapat perhatian anak muda sehinggakan menjadi satu ikutan bagi mereka untuk bergelar 'gamers' sepenuh masa.

Apa yang membezakan e-sports dengan sukan sebenar hanyalah lebih kepada jaringan internet dan peralatan yang akan digunakan, sama ada untuk bermain atau pun menonton perlawanan.

Bukan sekadar menyeronokkan, tetapi e-sports juga menawarkan hadiah lumayan dan populariti jika benar-benar berkecimpung dalam industri ini sebagai pemain profesional.

Berikut tiga permainan yang dijangka akan keluar bulan depan.

1. EA Sports FC 24

Jika anda seseorang yang gemar bermain permainan bertemakan bola sepak, tentunya EA Sports FC 24 adalah pilihan terbaik anda dengan ia akan dilancarkan di semua negara pada 29 September depan.

Dengan EA Sports, pastinya setiap pengguna boleh merasai pengalaman yang tiada tandingan kerana ia merupakan sebuah permainan video yang nyata dan menampilkan perlawanan, kelab serta bintang ternama dalam sukan bola sepak.

Selain itu, permainan ini memiliki lebih 19,000 pemain yang mewakili lebih 700 pasukan dengan EA Sports turut menyediakan lebih 100 stadium dan 30 liga seluruh dunia.

Bagi peminat permainan video seperti FIFA 2023, permainan terbaru ini pasti antara yang tertunggu-tunggu bagi peminat permainan video sukan bola sepak.

Lebih menarik lagi, penyerang Manchester City, Erling Haaland akan menjadi ‘cover star‘ bagi Standard Edition dan untuk muka depan Edisi Ultimate, permainan itu menampilkan 31 pemain ikonik yang masih aktif dan sudah bersara dari seluruh dunia, termasuk Vinicius Junior, Sam Kerr, dan Ronaldinho.

2. NBA 2K24

NBA 2K24 merupakan permainan video berkonsepkan bola keranjang yang dibangunkan oleh Visual Concepts dan diterbitkan oleh 2K dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

WhatsApp Image 2023-08-25 at 20.23.03 (1)

Mendiang Kobe Bryant akan menjadi cover athlete NBA 2K24 Kobe Bryant Edition dan Black Mamba Edition. Agensi

2K mengumumkan bahawa bekas pemain bola keranjang yang juga legenda dalam sukan itu, mendiang Kobe Bryant dipilih untuk menjadi cover NBA 2K24 Edisi Kobe Bryant dan Edisi Khas Black Mamba.

Permainan video itu akan dikeluarkan pada 8 September dengan ia tersedia untuk dimainkan di platform Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X/S sebagai platform utama permainan tersebut.

3. The Crew Motorfest

Permainan yang bakal dikeluarkan pada 14 September ini berunsurkan perlumbaan kereta berkuasa tinggi dengan ia dijangka menarik perhatian minat dalam kalangan remaja.

WhatsApp Image 2023-08-25 at 20.25.01

The Crew Motorfest adalah salah satu daripada permainan Ubisoft yang akan datang ditetapkan untuk dilancarkan pada tahun 2023. Agensi

The Crew Motorfest juga terbuka kepada semua negara dan mempunyai mod dalam talian untuk membolehkan pengguna bermain bersama rakan-rakan tidak kira di mana sekalipun.

Sudah pasti remaja bakal menggemari permainan ini kerana mereka mampu mendapatkan kereta sport idaman dalam permainan ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram