MOBILE Legends: Bang Bang Professional League Malaysia Musim 11 (MPL MY Musim 11) kini tiba! Acara yang dinanti-nanti oleh pemain dan peminat Mobile Legends di seluruh Malaysia.
Sebagai salah satu acara esports terbesar di Malaysia, MPL MY 11 kali ini menggunakan format kejohanan baharu bersama kemasukan pemain-pemain luar negara yang terpilih.
Sepuluh pasukan akan bertarung untuk mendapatkan hadiah utama wang tunai sejumlah utama RM451 ribu yang diidamkan dan peluang untuk memperoleh slot di Mobile Legends: Bang Bang Piala Asia Tenggara 2023 (MSC 2023) pada bulan Jun.
Madness Esports dan Yoodo Red Giants Esports akan menyertai liga buat kali pertama, manakala, Team Secret memperoleh slot yang pernah dipegang oleh Orange Esports selepas mereka menarik diri daripada liga.
‘Yoodo Red Giants’ adalah nama bagi skuad MLBB Selangor yang akan berentap di MPL Malaysia. — Facebook/Selangor FC
Sebelum ini Yoodo Red Giants Esports menjadi bualan orang ramai selepas mereka iaitu EL Loco Xtreme melakukan kolaborasi bersama Selangor FC.
Yoodo Red Giants Esports dijangka akan menjadi salah satu pasukan terkuat musim ini selepas menundukkan beberapa pasukan profesional di pentas lokal.
Jurulatih Yoodo Red Giants Esports, Poon Kok Sing berkata, pasukannya sudah merangka pelbagai stratergi untuk menghadapi perlawanan debut MPL MY 11 pada Sabtu.
"Kita dah bersedia banyak strategi dan drafting untuk lawan Red Esports, perlawanan ini agak penting sebab ia ini adalah perlawanan debut kami.
"Jika kalau kita boleh menang perlawanan ini, momentum dan moral kita akan naik," katanya kepada Majoriti.
ELX berkolaborasi dengan Selangor adalah kerana hendak menerapkan elemen profesional atlet. — Facebook/Selangor FC
Tambahnya lagi cabaran utama Yoodo Red Giants Esports ialah rata-rata pemain masih baru dengan kejohanan MPL namun begitu mereka bersedia membuat kejutan.
"Banyak player kita pertama kali main sebagai starter dalam pertandingan MPL.
"Shotcaller kita masih dalam latihan, jiks draft kami kukuh saya rasa kita ada peluang untuk jadi empat terbaik.
"Pada pendaptan saya, kita memang bersedia untuk melakukan kejutan dalam MPL musim ini, kerana kami di sini untuk menjadi juara dan bukannya bersantai-santai," ujarnya.
Selangor menjadi kelab bola sepak pertama mempunyai pasukan MLBB sendiri yang akan bersaing di dalam MPL. — Facebook/Selangor FC
Kok Sing berkata, dia telah menetapkan sasaran peribadi buat Yoodo Red Giants Esports dan tidak akan memandang rendah kemampuan semua pasukan bertanding.
"Sasaran peribadi kami ialah empat terbaik.
"Saya tidak akan memandang rendah kepada kesemua pasukan, semua pasukan dalam team MPL dan memang semua ada kualiti.
"Kami adalah pendatang baharu, dan kami akan menghormati kesemua pasukan," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia berharap semua pemain-pemain akan buat yang terbaik untuk perlawanan 'debut' pada Sabtu.
"The future starts now," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram