Sama naik dengan kehangatan game, 5 soalan 'annoying' bikin panas penyokong Liga Super


  • Podium
  • Jumaat, 25 Ogos 2023

Perlawanan melibatkan JDT antara aksi yang sering mendapat perhatian penyokong Liga Super. — Facebook/JDT

LIGA Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan pelbagai momen berlaku, dari isu pengguguran jurulatih di awal musim sehingga rusuhan penyokong terhadap kelab kesayangan mereka.

Walaupun isu berkenaan sedikit sebanyak memburukkan reputasi saingan domestik namun tidak dapat dinafikan ia adalah penambah perisa yang sering menjadi topik perbualan penyokong Liga M.

Selain daripada isu kontroversi tersebut, penyokong juga akhirnya akan lebih memilih untuk melihat drama sebenar di atas padang yang akan disaksikan pada setiap aksi Liga Super.

Jika dilihat pada setiap perlawanan Liga Super, bukan hanya gelagat pemain yang akan mencuri tumpuan kerana penyokong juga tidak kurangnya mempunyai perangai tersendiri ketika aksi berlangsung.

Gelagat penonton ataupun penyokong ini sering kali melibatkan soalan-soalan yang agak menjengkelkan dan ia dapat dilihat ketika mereka memberikan komen ataupuan hantaran di media sosial ketika perlawanan berlangsung.

Oleh itu, kali ini Majoriti menyenaraikan lima soalan annoying dari penyokong setiap kali aksi Liga Super;

1) Game bila?

WhatsApp Image 2023-08-25 at 00.44.23

Antara contoh penyokong mengajukan soalan 'game bila'.

Soalan ‘game bila’ akan timbul sebelum perlawanan Liga Super berlangsung yang mana penyokong akan mengajukan pertanyaan itu kepada rakan-rakan di media sosial terutamanya di kumpulan sembang aplikasi WhatsApp.

Penyokong sebegini adalah kategori yang tidak gemar untuk melihat jadual perlawanan Liga Super dan untuk mengetahuinya, mereka lebih suka untuk bertanya kepada peminat lain.

Selain malas untuk mencarinya di enjin carian seperti Google, penyokong sebegini juga sebenarnya tidak memuat turun aplikasi seperti Shoot ataupun Goal untuk mengetahui jadual perlawanan liga domestik.

2) Siapa main?

WhatsApp Image 2023-08-25 at 00.44.21-2

JDT antara pasukan yang sering memberitahu kesebelasan utama mereka di media sosial. — Facebook/JDT

‘Siapa main’, soalan ini juga selalunya akan muncul beberapa jam sebelum berlangsung dan tidak mengejutkan apabila ada juga penyokong yang mengajukannya ketika perlawanan.

Soalan tersebut sering kali merujuk kepada kesebelasan utama pasukan dan pemain simpanan yang mana senarai tersebut selalunya akan disiarkan setengah jam ataupun sejam sebelum sepak mula.

Jenis penyokong yang bertanyakan soalan siapa pemain yang diturunkan oleh jurulatih secara jelasnya tidak mengikuti laman rasmi media sosial kelab bola sepak kesayangan mereka.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, laman Facebook rasmi Johor Darul Takzim (JDT), JOHOR Southern Tigers mempunyai pengikut paling ramai iaitu mencecah tiga juta followers.

3) Siapa skor?

WhatsApp Image 2023-08-25 at 00.44.23-2

Sooka antara aplikasi penstriman dalam talian yang sering digunakan penyokong. — Facebook/Sooka

Jika sesebuah pasukan sudah mula menjaringkan gol terutama kelab kegemaran, soalan ‘siapa skor’ akan mula meniti di bibir penyokong ketika perlawanan berlangsung.

Situasi tersebut membawa maksud bahawa penyokong berkenaan tidak menonton perlawanan dari minit pertama dan hanya mula mengikutinya ketika orang ramai sudah mula rancak bercakap mengenai aksi tersebut.

Rata-rata penyokong yang bertanyakan soalan tersebut tidak menjadikan laman rasmi kelab sebagai platform kegemaran untuk mencari maklumat mengenai perkembangan pasukan.

Selain itu, ada di antara mereka juga berkemungkinan tidak memuat turun aplikasi seperti Sooka yang menawarkan rancangan sukan seperti Liga Super şecara langsung.

4) Dah berapa dah?

WhatsApp Image 2023-08-25 at 00.44.21

Antara contoh penyokong mengajukan soalan mengenai skor semasa.

‘Dah berapa’, soalan ini merujuk kepada penyokong yang tidak henti-henti bertanya mengenai keputusan semasa perlawanan dan lebih teruk lagi ada penyokong mengajukannya ketika perlawanan.

Soalan tersebut secara tidak langsung mengganggu ketenteraman penyokong lain yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut.

Jika sekalipun mereka ketinggalan aksi berkenaan, penyokong sepatutnya membuat alternatif dengan mencari perkembangan semasa perlawanan di laman media sosial rasmi pasukan.

5) Kenapa dia tak main?

WhatsApp Image 2023-08-25 at 00.44.20

Man United adalah contoh terbaik yang menggunakan media sosial mereka untuk memberi tahu perkembangan semasa pasukan. Instagram/MU

Kelibat pemain regular yang tidak kelihatan pada sebuah perlawanan Liga Super akan menimbulkan soalan ‘kenapa dia tak main’ dalam kalangan penyokong.

Namun hakikatnya, soalan berkenaan tidak dapat dielak apabila ada sesetengah kelab yang tidak memuat naik perkembangan terkini mengenai pasukan.

Jika dibandingkan dengan kelab luar negara seperti Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu rajin memuat naik perkembangan seperti keadaan pemain cedera di media sosial mereka.

Keadaan belum memuaskan apabila penyokong bola sepak masih belum dapat mengumpul informasi dengan banyak.

Meskipun laman sesawang Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Transfermarkt sudah menyediakan statistik, ia boleh dianggap terhad selain waktunya juga terlalu singkat untuk menyingkap data bola sepak negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram