SEMBILAN tahun lalu, Kelantan FC pernah mendapat sentuhan jurulatih kelahiran Ghana, George Boateng yang membantu pasukan The Red Warriors (TRW) menghadapi saingan Piala Malaysia.
Sudah pasti penyokong mengetahui bahawa pengendali Kelantan FC ketika itu adalah peminat setia pengurus Manchester United, Louis van Gaal.
Seperti van Gaal, bekas pemain tengah Middlesbrough itu turut meminati formasi 3-5-2 dan percaya strategi tersebut akan membantu pasukannya merebut kembali Piala Malaysia ketika itu.
Bekas jurulatih Kelantan FC, George Boateng. — Agensi
Boateng, yang pernah juga bermain untuk pasukan kebangsaan Netherlands dibawah kendalian van Gaal itu menggunakan formasi 3-5-2 pertama kali ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas ATM FA dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Shah Alam, Selangor bagi edisi 2014.
“Ini adalah perlawanan terbaik kami bermain sejak saya menjadi jurulatih. Saya melaksanakan formasi 3-5-2 hari ini selepas hanya mencubanya dalam latihan selama dua hari.
“Pemain saya mengambil sedikit masa untuk memikirkan cara untuk menembusi pasukan lawan sebelum menjaringkan tiga gol.
“Saya suka sistem ini dan saya gembira pemain saya bertindak balas dengan baik," kata Boateng ketika itu.
Bagaimanapun, Kelantan ketika itu hanya bergantung kepada hanya tiga pemain import untuk baki saingan Piala Malaysia kerana kontrak bekas pemain Piala Dunia Ghana, Putera Tagoe telah ditamatkan.
Tagoe ditandatangani Kelantan semasa jendela perpindahan pertengahan musim pada April tetapi hanya membuat dua penampilan sebagai pemain gantian dalam Liga Super kerana mengalamai kecederaan dan meninggalkan pasukan untuk menyertai AL Wahda UAE.
Bagi Mohamed Shawky, pemain kelahiran Mesir itu turut membuat penampilan pertama untuk Kelantan dalam perlawanan tersebut sebagai pemain gantian separuh masa kedua selepas tidak hadir tanpa kebenaran selama beberapa minggu.
Dilaporkan, pemain tengah TRW itu pulang ke kampung halaman ekoran masalah keluarga yang menyebabkan dia gagal balik tepat waktu ketika itu.
Untuk rekod, Boateng yang datang ke Malaysia dengan membawa reputasi cukup hebat sebagai bekas pemain Liga Perdana Inggeris dan pernah beraksi untuk kelab besar seperti Aston Villa, Middlesbrough dan Hull City.
Kelantan FC yang dikenali sebagai Kelantan FA ketika itu pernah melakar sejarah treble musim 2012 namun gagal mengekalkan kemenangan tersebut selepas itu.
Namun kini, Kelantan FC menduduki tangga tercorot, berbeza dengan pasukan gergasi tanah air, JDT yang gah mengungguli tangga pertama Liga Super 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram