Terengganu diramal mudah tundukkan 'Badut Asia', Sabah sukar hadapi ujian 'Ikan Merah'


  • Podium
  • Jumaat, 25 Ogos 2023

Sebahagian aksi sesi latihan Sabah FC dalam persediaan menentang Negeri Sembilan FC. — Facebook/Sabahfc

WAKIL Liga Super, Terengganu FC dan Sabah FC telah mengetahui nasib mereka dalam peringkat kumpulan bagi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023/2024 yang diadakan di AFC House, Bukit Jalil pada Khamis.

Undian yang diadakan di Bukit Jalil itu menyaksikan Terengganu FC (TFC) yang muncul naib juara Liga Super musim lepas mempunyai diundi akan bertemu dengan jiran tetangga dan bertemu pendatang baharu.

Skuad Sang Penyu diundi dalam kumpulan G bersama-sama Bali United (Indonesia), Stallion Laguna (Filipina) dan akan terbang ke Australia untuk bertemu Central Coast Mariners.

Susulan itu, penyokong Terengganu FC berasakan pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu akan mengalami situasi 50-50 untuk melepasi peringkat kumpulan.

Penyokong Sang Penyu berpendapat sedemikian antara lain kerana kurang yakin dengan bimbingan Tomislav Steinbruckner sebagai ketua jurulatih ketika ini sekiranya melihat kepada situasi terkini Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

WhatsApp Image 2023-08-24 at 19.43.04 (1)

Undian kumpulan Piala AFC 2023.

Kebangkitan skuad TFC ketika ini hanya lebih tertumpu kepada Ivan Mamut, namun persembahan pasukan secara keseluruhan masih agak kurang konsisten.

Dalam pada itu, TFC dijangka akan mengalami kesukaran untuk meraih sebarang kemenangan dalam peringkat kumpulan G memandangkan lawan skuad Peteh bukan calang-calang.

Contohnya, pada edisi Piala AFC musim lepas, Bali United pernah membenam Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 2-0, namun Serdadu Tridatu gagal mara ke pusingan seterusnya.

Ada penyokong Indonesia yang meramalkan Bali United dengan panggilan calon badut Asia menjadi lubuk gol kelab-kelab lain.

Di sebalik itu, TFC masih mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke pusingan kalah mati selepas beberapa pemain Sang Penyu tidak menerima panggilan ke kem pusat latihan Harimau Malaya.

Berikutan perkara itu, pastinya TFC mempunyai peluang untuk merebut gelaran juara peringkat kumpulan kerana persiapan yang mencukupi selain dibarisi dengan pemain berkualiti seperti Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasinov dan Azam Azmi Murad.

WhatsApp Image 2023-08-24 at 19.43.04 (2)

Sekitar sesi latihan barisan pemain Sang Penyu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia. — Facebook/Terengganufc

Manakala, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, Sabah FC diundi bersama-sama dua kelab Nusantara iaitu PSM Makassar (Indonesia) dan Hougang United (Singapura) dan Haiphong FC (Vietnam) yang melengkapkan kumpulan H.

Seperti TFC, Sabah juga akan berdepan satu tugas sukar apabila perlu berdepan dengan ujian Ikan Merah (Juku Eja) yang merupakan antara kelab terkuat di Indonesia.

Bukan sahaja PSM Makassar, kelab Haiphong FC juga akan memberikan tentangan sengit memandangkan Vietnam antara negara yang menjadi pasukan terbaik Asia dalam bola sepak.

Tentunya, tidak mudah bagi pasukan yang julung kalinya beraksi di pentas Piala AFC untuk menyesuaikan diri bagi mengharungi cabaran yang berbeza.

Bagaimanapun, melihat kepada prestasi semasa pasukan Sang Badak dalam Liga M, penyokong The Rhinos yakin bahawa skuad kendalian Kim Swee mempunyai peluang yang cerah untuk melepasi peringkat kumpulan H.

Hal ini kerana, Sabah FC memiliki barisan pemain yang berkualiti seperti Ramon Machado de Macedo, Saddil Ramdani, Park Tae-su dan Darren Lok pastinya mampu mengucar-ngacirkan taktikal pihak lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram