Gara-gara perkataan 'porco dio', kiper Frosinone digantung perlawanan


  • Podium
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Penjaga gol pasukan Frosinone, Stefano Turati. — Agensi

PASUKAN Serie A Frosinone akan merindui penjaga gol, Stefano Turati untuk aksi seterusnya menentang Atalanta dalam saingan Liga Itali pada Sabtu selepas digantung satu perlawanan.

Menerusi satu perkongsian video, Turati dilihat mengungkap perkataan 'porco dio' yang membawa maksud menghina agama mengikut undang-undang di Itali.

Hal ini kerana, perkataan seperti itu tidak boleh diungkapkan kerana ia merupakan salah satu kata-kata makian.

Ekoran insiden itu, Serie A mengenakan hukuman gantung satu perlawanan terhadap Turati kerana memaki hamun pihak lawan menggunakan ungkapan yang menghina semasa perlawanan pembukaan pasukannya menentang Napoli.

Pegawai Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), Gerardo Mastrandrea mengumumkan keputusan itu dan mengatakan bahawa pemain berusia 21 tahun itu jelas dilihat di televisyen melakukan pelanggaran etika pada minit ke-15 perlawanan.

Perlawanan itu merupakan penampilan sulung Turati dan kela itu di liga utama ketika juara Serie B itu menentang juara Serie A pada hari perlawanan pembukaan musim baharu.

Walaupun pengadil perlawanan tidak melayangkan kad kepada penjaga gol tersebut ketika perlawanan berlangsung namun insiden itu sempat dirakam yang merupakan bukti kepada badan pengelola liga tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram