Piala AFC: 'Trip' ke Australia dan pertembungan Nusantara menanti Terengganu FC


  • Podium
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Terengganu bakal terbang ke Indonesia, Australia dan Filipina untuk aksi Piala AFC. — Facebook/Terengganu Football Club

WAKIL Liga Super, Terengganu FC dan Sabah FC telah mengetahui nasib mereka dalam peringkat kumpulan Piala AFC 2023.

Dalam undian yang diadakan di Bukit Jalil, Terengganu FC mempunyai undian yang cukup menarik kerana mereka akan bertemu jiran tetangga dan bertemu pendatang baharu.

Skuad Peteh diundi dalam kumpulan G bersama-sama Bali United (Indonesia), Stallion Laguna (Filipina) serta akan terbang ke Australia untuk bertemu Central Coast Mariners.

Undian ini dilihat amat menarik kerana aksi pertembungan dua kelab Nusantara akan mengambil tempat dalam kejohanan kelas kedua Asia ini.

368308215_279784024763039_8527406581154612475_n

Terengganu akan ke Australia, Indonesia dan Filipina untuk tugasan Piala AFC. — Facebook/Terengganu Football Club

Manakala untuk Sabah FC, mereka turut diundi bersama-sama wakil Indonesia dengan skuad Datuk Ong Kim Swee diletakkan dalam kumpulan H.

Lebih menarik, Sabah FC diundi bersama-sama dua kelab Nusantara iaitu PSM Makassar (Indonesia) dan Hougang United (Singapura) sambil Haiphong FC (Vietnam) melengkapkan kumpulan.

Berikut merupakan undian penuh untuk aksi peringkat kumpulan Piala AFC:

Zon Barat

Kumpulan A

  • Al Ahed (Lubnan)
  • Al Futuwa (Syria)
  • Jabal Al-Mukaber (Palestin)
  • Al Nahda (Oman)

Kumpulan B

  • Al Wehdat (Jordan)
  • Kuwait SC (Kuwait)
  • Al Kahrabaa (Iraq)
  • Al Ittihad Ahli of Aleppo (Syria)

Kumpulan C

  • Al Zawraa (Iraq)
  • Al Riffa (Bahrain)
  • Nejmeh SC (Lubnan)
  • Al Arabi (Kuwait)

Zon Selatan

Kumpulan C

  • Odisha FC (India)
  • Bashundhara Kings (Bangladesh)
  • Maziya Sports & Recreation (Maldives)
  • Mohun Bagan Super Giant (India)

Zon Tengah

Kumpulan E

  • FC Ravshan (Tajikistan)
  • Altyn Asyr FC (Turkmenistan)
  • FC Abdysn-Ata (Krygyzstan)
  • FC Merw (Turkmenistan)

Zon ASEAN

Kumpulan F

  • Dynamic Herb Cebu (Filipina)
  • Macarthur FC (Australia)
  • Shan United (Myanmar)
  • Phnom Penh Crown (Kemboja)

Kumpulan G

  • TERENGGANU FC (MALAYSIA)
  • Bali United (Indonesia)
  • Stallion Laguna (Filipina)
  • Central Coast Mariners (Australia)

Kumpulan H

  • Haiphong FC (Vietnam)
  • Hougang United (Singapura)
  • SABAH FC (MALAYSIA)
  • PSM Makassar (Indonesia)

Zon Timur

Kumpulan I

  • CPK (Macau)
  • Tainan City FC (Taiwan)
  • FC Ulaanbaatar (Mongolia)
  • Taichung Futuro FC (Taiwan)

Undian untuk Liga Juara-Juara AFC pula akan diadakan pada 24 Ogos jam 4 petang waktu Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram