Terdesak mahukan perubahan, fans Penang FC mahu Reezal Merican ketuai kelab


  • Podium
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Reezal Merican menjadi disebut-sebut oleh penyokong Penang FC untuk mengetuai Harimau Kumbang. — Facebook/Reezal Merican Naina Merican

SELEPAS berdepan masa sukar dengan prestasi yang tidak menentu, penyokong Penang FC kini mendambakan pembaharuan dari segi kepimpinan kelab.

Skuad Harimau Kumbang kini boleh dianggap berada pada situasi yang tidak ideal apabila mereka menduduki tangga kesepuluh Liga Super selepas 20 perlawanan.

Lebih memeritkan, skuad kendalian Manzoor Azwira ini baru saja tewas 2-1 kepada Kedah Darul Aman FC menerusi jaringan minit akhir Moses Atede.

Kini, suara penyokong Harimau Kumbang terarah kepada sebuah nama yang dijangka boleh mengubah nasib Penang FC menjadi lebih baik. Nama tersebut adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mantan Menteri Belia & Sukan itu diseru-seru oleh penyokong Harimau Kumbang kerana mereka beranggapan Reezal boleh memberi angin perubahan kepada kelab kesayangan mereka jika diangkat sebagai pengerusi baharu Penang FC.

"Kami mahu Datuk Seri Reezal Merican jadi chairman Penang FC yang baharu," tulis penyokong bernama Muhammad Ammar.

Pendapat Ammar itu turut dipersetuju oleh penyokong lain. "Setuju 100 percent, Datuk Reezal pun free rasanya. Baru ni Daniel Gooi (Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang) datang stadium, untuk apa? Mungkin dia pun boleh angkat martabat Pulau Pinang," kata Mazlan Majid.

369265261_879845733497386_7292370542507353257_n

Reezal Merican merupakan ADUN bagi kawasan Bertam. — Facebook/Reezal Merican Naina Merican

Walaupun ada tanggapan Reezal merupakan calon sesuai untuk mengemudi Penang FC, seorang penyokong menyatakan biarlah Harimau Kumbang diketuai oleh mereka yang arif dan faham mengenai bola sepak.

"Kalau nak jadi pengerusi kena betul-betul minat dengan bola sepak, kalau tak berapa minat, alamatnya lingkup jugalah jawabnya," ulas Paksani Pakuda.

"Bagi aku biarlah (jawatan) pengerusi diberikan kepada YB Daniel. Saya lagi setuju kalau YB Reezal menjadi ahli lembaga pengarah dalam Penang FC," luah Azahar Khadir.

Namun begitu, ada penyokong yang tidak bersetuju sekiranya Reezal diberikan mandat mengemudi Penang FC atas kapasiti sebagai orang politik.

"Biasanya orang politik tak boleh dipakai," komen Syar Fiq.

"Siapa pun yang jadi sama saja kerana kalau persatuan (FA Penang) tak ada duit. Takkan nak harapkan duit YB Reezal saja jenuhlah. Dia pun sekadar ahli Dewan Undangan Negeri jadi duit yang dapat sikit saja, lainlah kalau ahli Parlimen banyaklah sikit," ujar Ahmad Isni.

369188523_831301818510474_5348873713881509366_n

Penang FC mencatatkan 11 kekalahan dalam 20 aksi Liga Super musim ini. — Facebook/Penang Football Club

Malah, ada juga penyokong yang memberikan cadangan untuk Reezal membeli terus pemilikan Penang FC dan memindahkan home base kelab itu ke kawasan DUN jagaannya iaitu Bertam.

"Apa kata YB Reezal beli terus (Penang FC)? Lepas tu buat stadium sendiri (di) kawasan Bertam. Perghh sempoi terus Bertam. Kami warga Bertam mesti penuhkan stadium datang sokong team punyalah," cadang Mohd Fahmi.

Reezal merupakan ADUN bagi kawasan Bertam selepas memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram