‘Here we go’, alumni akademi Sepanyol sarung jersi 76 Selangor lepas jumpa TCH


  • Podium
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Soleh menyertai sesi latihan pasukan Selangor FC baru-baru ini.

SELANGOR FC terus memperkukuhkan pasukan mereka apabila dilihat membawa masuk seorang pemain muda, Soleh Shukri yang sebelum ini menimba ilmu bola sepak di Sepanyol.

Soleh ketika ini masih menimba ilmu di bumi Sepanyol bersama Akademi Malaga City FC yang telah merekrut ramai pemain daripada negara ini seperti Allee Putra Azril.

Musim ini, Alle beraksi bersama Kelantan FC selepas dibawa masuk semasa jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang baru ditutup awal bulan lalu.

Pengalaman berharga yang diraihnya selama menyertai Akademi Malaga City di Sepanyol memberikan satu kelainan terhadap gaya permainannya sejak tiba ke kelab Pantai Timur itu.

Ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera mula menurunkannya dengan kerap memandangkan dia sudah merekodkan empat penampilan dalam semua pertandingan setakat ini.

WhatsApp Image 2023-08-24 at 3.15.52 PM

Soleh ketika menyertai latihan bersama Selangor FC baru-baru ini.

Jalan cerita yang sama, Soleh juga berkongsi perkembangan karier bola sepaknya apabila dia mula menyertai sesi latihan bersama skuad utama Selangor FC baru-baru ini.

Difahamkan, Soleh dijemput oleh pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe untuk menyertai latihan pasukan bagi mempertingkatkan kecergasannya sebelum berangkat ke Sepanyol.

Dalam video yang dikongsikan dalam Instagram, Soleh sempat melakukan asakan terhadap Quentin Cheng daripada terus menghantar bola yang dibawanya ke dalam kotak penalti.

Selain itu juga, Soleh juga sempat menyarung jersi latihan bernombor 76 dan bergambar bersama 'maestro' Gergasi Merah iaitu Yohandry Orozco dalam bilik persalinan.

Sebelum ini, Cheng Hoe serta pembantunya, Ramon Marcote bertemu Soleh di sebuah restoran yang mana perkara itu dikongsikan sendiri pemain muda itu.

Soleh Spurs

Soleh ketika beraksi menentang Akademi Tottenham Hotspurs. Instagram

Untuk rekod, Soleh menyertai akademi berkenaan pada Disember tahun lalu selepas berpeluang mempamerkan bakatnya dalam program pembangunan bola sepak antarabangsa.

Namun, dengan tiada pendedahan mendalam mengenai profilnya di atas padang, tiada informasi lanjut mengenai kebolehan serta posisi terbaik Soleh.

Bagaimanapun, kehadirannya ke Selangor FC pastinya akan memberi satu pengalaman baharu buat pasukan Lembah Klang itu dengan Soleh diberikan pendedahan bermakna di Sepanyol, termasuk beraksi dalam perlawanan persahabatan berdepan Akademi Tottenham Hotspurs. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram