KELANTAN FA (KAFA) pernah memberi amaran keras kepada setiap pemain The Red Warriors (TRW) supaya menjauhi daripada mengambil dadah terlarang.
Ia selepas pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah mengambil dadah terlarang dalam perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun 2013.
Ketika itu, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pemain berusia 23 tahun tersebut didapati positif dadah jenis Methamphetamine pada ujian anti-doping sampel A.
"Keputusan ujian makmal sampel A di India didapati positif dan dadah tersebut adalah bahan larangan di bawah peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA)," katanya.
Zamri Ramli pernah beraksi bersama Kelantan pada 2013.
Azman yang ketika itu juga pengurus pasukan KAFA berjanji tindakan tegas akan diambil terhadap Zamri jika didapati bersalah.
"Saya diberitahu mengenai dakwaan kesalahan doping tetapi masih belum dipanggil secara rasmi untuk menghadiri perbicaraan jawatankuasa tatatertib FAM.
“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan berat terhadap pemain kami jika mereka didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah," jelasnya.
Dalam perlawanan akhir Piala FA Kelantan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Jun 2013. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram