Naib Presiden KAFA dilantik jadi CEO baharu Kelantan FC


  • Podium
  • Rabu, 23 Ogos 2023

CEO baharu Kelantan FC, Ahmad Muzakkir Hamid. — Instagram/trwkelantanfc

PASUKAN Kelantan FC mendapat suntikan semangat apabila menerima Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Ahmad Muzakkir Hamid yang baru dilantik pada Rabu.

Pengumuman pelantikan itu diumumkan oleh The Red Warriors (TRW) menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Walaupun dilantik menjadi CEO Kelantan namun ia bukanlah suatu yang baru baginya kerana Muzakkir juga merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain itu, Muzakkir juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Usahawan Persekutuan Alumni UiTM (PAUiTM) Malaysia.

Graduan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam pembangunan sukan khususnya bola sepak dan merupakan seorang usahawan.

Di samping itu, Muzakkir juga merupakan watak penting dalam penjualan 100 peratus saham Kelantan FC dari KAFA kepada pemilik baharu, Norizam Tukiman pada 3 September 2020 lalu.

Pastinya pelantikan Muzakkir diharap bukan saja mampu memperkukuh tadbir urus TRW malah, diharap dapat membantu pasukan memperkukuh kedudukan kewangan mereka agar lebih stabil.

Kelantan kini berada pada kedudukan kedua tercorot dengan mengutip lapan mata selepas 20 perlawanan Liga Super 2023 berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram