Azam Azmi tiada dalam pelan KPG, dijangka ada misi lebih besar


  • Podium
  • Rabu, 23 Ogos 2023

Azam Azmi ketika beraksi bersama skuad Harimau Malaya. — Facebook/FAM

SERAMAI 26 pemain dipanggil Ketua Jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya sebagai persediaan menghadapi perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China pada awal bulan depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan Pan-gon mengekalkan 15 daripada 26 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu pada Jun lepas.

Bagaimanapun, nama pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi Murad tidak berada dalam senarai utama skuad kebangsaan walaupun pernah mewakili Harimau Malaya.

Sebelum ini, Azam Azmi turut berada dalam senarai skuad Harimau Malaya ketika menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada Jun lepas.

WhatsApp Image 2023-08-23 at 19.28.58 (1)

Azam Azmi tiada dalam senarai pemain Harimau Malaya. — Facebook/FAM

Namun terdapat penyokong yang memberi bayangan bahawa kemungkinan besar pemain berusia 1.74 meter itu mempunyai misi besar untuk membantu pasukan kebangsaan pada Kejohanan Pesta Bola Merdeka edisi 2023.

"Mungkin simpan untuk Pesta Bola Merdeka nanti," kata Ahmad Rizal.

"Macam ada misi lain, mungkin Azam Azmi standby untuk Pesta Bola Merdeka," Mat Kayyum.

Musim ini, Azam merekodkan 18 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk Liga Super dan juga terus diberi kepercayaan beraksi dalam pasukan kebangsaan baik skuad senior mahupun skuad Bawah-23 tahun (B-23).

Bagaimanapun, dengan namanya tidak disenaraikan dalam senarai 26 pemain yang menyertai kem Harimau Malaya pada September ini, Azam dijangka mengetuai kempen Harimau Muda untuk pusingan kelayakan Piala Asia B-23 dalam bulan yang sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram