Simpan 'anak emas' antara strategi wajib Harimau Muda jinakkan Vietnam


  • Podium
  • Khamis, 24 Ogos 2023

Sebahagian aksi menarik skuad Harimau Muda ketika menewaskan Timor Leste pada Selasa. — Facebook/MFL

PASUKAN bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) membawa cabaran Malaysia dalam pusingan separuh Akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) B-23 di Rayong, Thailand yang dijadualkan berlangsung bermula pada 17 hingga 26 Ogos 2023.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan B, skuad Harimau Muda berjaya menjadi juara selepas menewaskan Indonesia dan Timor Leste sekali gus layak ke separuh akhir buat pertama kali selepas empat tahun.

Skuad Harimau Muda menewaskan Indonesia dengan keputusan 2-1 dan Timor Leste 3-1 bagi menempah slot separuh akhir yang dijadualkan akan bertemu juara bertahan iaitu Vietnam.

Berdepan dengan juara bertahan pastinya tidak mudah bagi pasukan tanah air kerana diketahui Vietnam dibarisi dengan pemain-pemain berbakat dan hebat.

Namun begitu, pasukan Malaysia juga mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan pasti mempunyai cara untuk menewaskan pihak lawan.

WhatsApp Image 2023-08-23 at 22.54.35

Sekitar aksi pemain kebangsaan dikawal ketat oleh pasukan Timor Leste. — Facebook/MFL

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga strategi wajib Harimau Muda jinakkan Vietnam.

1) Simpan anak emas

Seperti diketahui, Vietnam memiliki barisan pemain yang cukup berbakat dan hebat di bawah kendalian Hoang Anh Tuan.

Oleh itu, Ketua Jurulatih Harimau Muda, E. Elavarasan perlu memandang serius terhadap perkara tersebut dengan menurunkan barisan pemain yang berkualiti.

Hal ini kerana, pemilihan barisan pemain juga perlu diambil kira agar pemain yang diturunkan memberikan komitmen sepenuhnya dan bukannya 'malas' mengejar bola untuk memberi tekanan kepada pihak lawan.

Oleh itu, penyokong berpendapat agar pengendali Harimau Muda perlu menyimpan 'anak emas' iatu Aliff Izwan Yuslan dan Nadzwin Salleh yang dilihat kurang memberi komitmen di atas padang untuk melakukan 'pressure' atau 'tracking back' ketika bertahan.

2) Banyakkan main shortplay

Selain pemilihan pemain yang perlu diambil kira, skuad Harimau Muda perlu mengamalkan konsep hantaran pendek atau shortplay yang tepat ke arah rakan sepasukan ketika berdepan Vietnam nanti.

Sudah tentu ia merupakan salah satu senjata yang mampu memberi tekanan kepada pihak lawan untuk mendapatkan bola berbanding bermain 'long pass' yang berisiko kehilangan bola jika hantaran kurang tepat.

Oleh itu, apabila shortplay diterapkan dalam pasukan sudah pasti pemain tanah air dapat dapat mengawal permainan dengan mudah serta mampu menyebabkan pemain Vietnam keletihan dalam melakukan serangan.

3) Fokus game sendiri

Selain perlu membuat persiapan 100 peratus dari segi taktikal, skuad Harimau Muda perlu fokus dengan corak permainan sendiri tanpa memikirkan kekuatan dan kelebihan lawan.

Sekiranya pasukan kebangsaan tidak fokus dengan permainan sendiri pastinya ia akan membuat para pemain berasa takut dan gugup ketika berada di atas padang.

Oleh itu, para barisan pemain skuad negara perlu tenang dalam mengawal situasi dalam perlawanan tersebut agar tidak dilihat lemah oleh pihak lawan.

Jika skuad negara tenang mengawal pemainan pastinya ia akan diterjemahkan menerusi hantaran-hantaran cantik dan sebagai penyudah yang tajam agar skuad negara meraih kemenangan.

Vietnam merupakan juara kumpulan C selepas berjaya menewaskan Filipina dan Laos untuk mengutip enam mata penuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram