ACL: Jodoh pasti bertemu, JDT sekali lagi diundi bersama Ulsan Hyundai


  • Podium
  • Khamis, 24 Ogos 2023

JDT dan Ulsan Hyundai pernah bertemu di peringkat kumpulan ACL musim lalu.

NASIB bagi wakil tunggal negara, Johor Darul Takzim (JDT) dalam kejohanan elit Asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) sudah diketahui pada Khamis.

Dalam majlis undian peringkat kumpulan yang diadakan di Bukit Jalil, jaguh Liga Super itu diundi untuk bersama-sama dengan Kawasaki Frontale (Jepun), BG Pathum United (Thailand) serta Ulsan Hyundai (Korea Selatan) dan mereka akan bertarung dalam kumpulan I.

Undian ini dilihat menarik kerana Harimau Selatan akan terbang ke Jepun, Thailand dan Korea Selatan dalam usaha sekali lagi mencipta sejarah mara jauh dalam kejohanan ACL.

Lebih menarik, JDT sekali lagi bertemu dengan Ulsan Hyundai yang sebelum ini berjaya ditewaskan dalam perjalanan Harimau Selatan mara sehingga pusingan 16 pasukan terbaik pada 2022.

jdt

Johor Darul Takzim pernah berdepan Ulsan Hyundai sebelum ini dalam saingan ACL. — AFC

Sementara itu, wakil Singapura, Lions City Sailors juga turut akan berdepan dengan wakil Korea Selatan dalam penampilan kedua mereka di ACL.

Mereka diundi dalam kumpulan F bersama-sama Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Bangkok United (Thailand) dan Kitchee SC (Hong Kong).

Di zon barat pula, Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr diletakkan dalam kumpulan E bersama-sama gergasi Iran iaitu Persipolis dan Istikol (Tajikistan).

cristiano-ronaldo-resmi-terdaftar-di-liga-champions-asia-2023-2024-al-nassr-sanggup-lolos-fase-grup-HGeHBL7nuA

Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr akan memburu kejuaraan Asia pertama mereka. — Facebook/Al-Nassr

Sementara N'Golo Kante dan Al-Ittihad akan bertemu sebuah lagi gergasi Iran iaitu Sepahan dan Air Force Club dari Iraq dalam kumpulan C.

Berikut merupakan undian penuh peringkat kumpulan ACL untuk musim 2022/2023:

Zon Barat

Kumpulan A

  • Pakhtakor (Uzbekistan)
  • Al Fayha (Arab Saudi)
  • Ahal FC (Turkmenistan)
  • Al Ain (Emeriah Arab Bersatu)

Kumpulan B

  • Al Sadd (Qatar)
  • FC Nasaf (Uzbekistan)
  • Al Faisaly (Jordan)
  • Sharjah FC (Emeriah Arab Bersatu)

Kumpulan C

  • Al Ittihad (Arab Saudi)
  • Sepahan (Iran)
  • Air Force Club (Iraq)
  • AGMK FC (Uzbekistan)

Kumpulan D

  • Al Hilal (Arab Saudi)
  • Al Duhail (Qatar)
  • Mumbai City (India)
  • Navbahor (Uzbekistan)

Kumpulan E

  • Persipolis (Iran)
  • Al-Duhail (Qatar)
  • Istikol (Tajikistan)
  • Al Nassr (Arab Saudi)

Zon Timur

Kumpulan F

  • Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan)
  • Bangkok United (Thailand)
  • Lion City Sailors (Singapura)
  • Kitchee SC (Hong Kong)

Kumpulan G

  • Yokohama F Marinos (Jepun)
  • Shangdong Taishan (China)
  • Kaya FC-Iloilo (Filipina)
  • Incheon United (Korea Selatan)

Kumpulan H

  • Buriram United (Thailand)
  • Ventforet Kofu (Jepun)
  • Melbourne City (Australia)
  • Zhejiang FC (China)

Kumpulan I

  • Ulsan Hyundai (Korea Selatan)
  • Kawasaki Frontale (Jepun)
  • JOHOR DARUL TAKZIM (MALAYSIA)
  • BG Pathum United (Thailand)

Kumpulan J

  • Wuhan Three Towns (China)
  • Pohang Steelers (Korea Selatan)
  • Hanoi FC (Vietnam)
  • Urawa Red Diamonds (Jepun)

Sebelum ini, dua lagi wakil negara di peringkat Asia, Terengganu FC dan Sabah FC telah mengetahui nasib mereka dalam kejohanan Piala AFC.

Paling menarik adalah Terengganu FC akan ke Australia selepas diundi bersama-sama Central Coast Mariners. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram