MESKIPUN tidak dapat mendaftarkan empat pemain baharu untuk baki musim 2023, skuad The Red Warriors (TRW) masih boleh berpuas hati dengan kehadiran ubi muda, Allee Putra Azril.
Pengalaman berharga yang diraihnya selama menyertai Akademi Malaga City FC di Sepanyol memberikan satu kelainan terhadap gaya permainannya sejak tiba di kelab Pantai Timur itu.
Jadi, tidak hairanlah apabila ketua jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera mula menurunkannya dengan kerap memandangkan dia sudah merekodkan empat penampilan dalam semua pertandingan setakat ini.
Menyedari hal itu, pasukan-pasukan lain dalam Liga Super pastinya tertarik untuk membawa masuk seorang pemain muda yang pernah menimba ilmu di luar negara seperti Allee Putra Azril.
Soleh berkesempatan menimba pengalaman di Sepanyol sejak penghujung tahun lalu. — Instagram/solehshukri7
Antara yang seperti hampir mengambil keputusan berkenaan ialah gergasi Liga Super, Selangor FC berdasarkan satu khabar angin bertebaran di media sosial.
Ura-ura tersebut timbul apabila ketua jurulatih skuad Gergasi Merah, Tan Cheng Hoe serta pembantunya, Ramon Marcote bertemu seorang pemain tempatan dari Akademi Malaga City FC, Soleh Shukri.
Pertemuan itu dikongsikan pemain berkenaan menerusi satu hantaran di Instastory peribadinya yang memaparkan ketiga-tiga mereka berada di ruang makan yang tidak dikenal pasti.
Meskipun jendela perpindahan hanya akan dibuka selepas tamatnya musim Liga Malaysia, percaturan awal membolehkan Selangor FC menyambar khidmatnya lebih awal berbanding pasukan-pasukan lain.
Tangkap layar dari Instastory Soleh yang memaparkannya bersama Cheng Hoe dan Marcote.
Berdasarkan maklumat diperoleh, Soleh menyertai akademi berkenaan pada Disember tahun lalu selepas berpeluang mempamerkan bakatnya dalam program pembangunan bola sepak antarabangsa.
Namun, dengan tiada pendedahan mendalam mengenai profilnya di atas padang, tiada informasi lanjut mengenai kebolehan serta posisi terbaik Allee Putra Azril.
Bagaimanapun, kehadirannya ke Selangor FC pastinya akan memberi satu pengalaman baharu buat pasukan Lembah Klang itu dengan Soleh diberikan pendedahan bermakna di Sepanyol, termasuk menyertai perlawanan persahabatan berdepan akademi Tottenham Hotspurs.
Selain itu, keadaan berkenaan pastinya tidak akan memberi satu keraguan buat skuad Gergasi Merah memandangkan mereka kini dalam landasan tepat untuk membina pasukan belia terbaik dalam negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram