
SELEPAS mengharungi 20 perlawanan Liga Super, Terengganu FC dilihat sukar untuk mengulangi pencapaian musim lalu apabila mereka muncul sebagai naib juara.
Mereka yang kini berada di tangga keenam liga dibezakan dengan 14 mata berbanding pasukan di kedudukan kedua, Selangor FC yang mengumpul 46 mata setakat ini.
Jadi, untuk menyuntik semangat buat skuad Sang Penyu, kerajaan negeri Terengganu tampil memberi cabaran buat mereka untuk berada di kedudukan lebih baik pada penghujung musim.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim dilaporkan berkata, barisan kejurulatihan perlu mencari tonik tambahan untuk mencapai hasrat terbabit.
Hishamuddin mahu skuad Sang Penyu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan lebih baik. — Facebook/Terengganu 11
"Jadi, jika ranking kita jatuh, pihak pengurusan dan kejuruIatihan perIu segera mencari jaIan terbaik untuk memperbaiki prestasi pasukan kerana kita tidak mahu berada daIam kelompok tiga pasukan ke bawah, sebaIiknya kita mahu pasukan terus meningkat.
"Bagaimanapun saya percaya pihak pengurusan Terengganu FC serius untuk memperbaiki prestasi pasukan yang kini diIihat berada pada tahap sederhana dalam liga," katanya berdasarkan laporan Terengganu 11.
Sekiranya skuad kendalian Tomislav Steinbruckner hanya menamatkan Liga Super di tangga keenam, ia merupakan pencapaian paling teruk buat pasukan itu sejak 2019.
Bagaimanapun, perkara itu masih boleh diperbaiki sekiranya Terengganu FC merekodkan pencapaian cemerlang dalam Piala Malaysia atau Piala AFC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram