[VIDEO] Penjaga gol kelab CR7 buat hal, tak perasan bola sehingga dijerit penyokong


  • Podium
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Waleed (kiri) berpeluang beraksi di samping bintang-bintang ternama musim ini, termasuk Cristiano Ronaldo. — Agensi

LIGA Pro Arab Saudi mula menjadi bahan bualan hangat di peringkat antarabangsa apabila penjaga gol Al-Nassr, Waleed Abdullah melakukan kesilapan mencuit hati ketika berdepan Al Tawouun.

Kejadian itu berlaku ketika salah seorang pertahanannya melakukan hantaran ketika penjaga gawang itu berjalan kembali ke arah gawangnya.

Panik dengan situasi berkenaan, penyokong yang juga merupakan seorang wartawan menjerit ke arahnya untuk memberi amaran supaya pemain lawan tidak mencuri bola itu.

Jeritan terbabit jelas membantu Waleed yang pantas menyedari hal itu sekali gus menendang bola ke arah salah seorang rakan sepasukan.

Meskipun tidak dibolosi, ia pastinya memberikan satu momen mengejutkan buat penjaga gawang berusia 37 tahun tersebut yang sepatutnya lebih peka ketika berada di atas padang.

Insiden terbabit semestinya sukar dilupakan memandangkan Al-Nassr merupakan sebuah kelab Arab Saudi yang dibanjiri pemain bintang, termasuk legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Selain itu, mereka turut membawa masuk beberapa nama-nama baharu seperti pemain sayap, Sadio Mane dan perancang di posisi tengah, Marcelo Brozovic.

Lebih mengecewakan lagi, Al Nassr turut tewas dengan keputusan 0-2 dalam perlawanan yang diadakan di laman sendiri itu, sekali gus meletakkan mereka di kedudukan ke-15 daripada 18 pasukan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram