[VIDEO] Atlet kriket Bangladesh jalani latihan 'redah bara api' demi kejuaraan Piala Asia 2023


  • Podium
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Tangkap layar video Naim melakukan latihan memperkuatkan mental dengan berjalan atas api.

DENGAN kejohanan kriket Piala Asia 2023 semakin hampir, seorang pemain kriket Bangladesh, Mohammad Naim telah melakukan latihan yang luar biasa seperti kebiasaannya.

Dalam video yang dikongsikan dalam media sosial, pemain berusia 23 tahun itu melakukan latihan dengan berjalan di atas api.

Latihan yang dilakukan atlet Bangladesh itu bagi memperkuatkan ketahanan mentalnya menjelang kejohanan Asia itu.

Naim yang berusia 23 tahun melakukan debut untuk skuad nasional kriket Bangladesh pada Mac dan hanya beraksi dalam empat perlawanan sahaja setakat ini.

Rekod Naim bersama Bangladesh di peringkat antarabangsa tidak begitu baik namun, Lembaga Kriket Bangladesh (BCB) masih menyenaraikan pemain itu ke dalam pasukan.

Bangladesh akan memulakan kempen mereka pada Piala Asia 2023 dengan menentang juara bertahan Sri Lanka pada 31 Ogos nanti di Kandy, Sri Lanka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram