YOODO terus mengorak langkah dengan membina inovasi baharu untuk memberikan pengalaman pendigitalan yang terbaik buat pelanggan mereka dengan pelancaran maskot baharu, YooYoo, melalui teknologi Augmented Reality (AR).
Dengan pengalaman imersif Sky Effects AR kempen 'YooYoo In The Sky', para pengguna berpeluang memenangi kredit RM50 e-wallet Touch 'n Go dengan memuat naik video YooYoo di platform media sosial anda semasa tempoh kempen bermula 1 Ogos hingga 25 September 2023 ini.
Menurut Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, YooYoo merupakan maskot pertama yang diperkenalkan di arena telco tempatan dengan teknologi Sky AR.
"Kami sentiasa menerajui batasan teknologi dan inovasi, dengan itu Yoodo berusaha untuk memberikan pengalaman digital terbaik kepada semua pengguna.
"YooYoo merupakan entiti yang ceria, penuh rasa ingin tahu, sentiasa mencari cara untuk menyemai kegembiraan dalam setiap interaksi dan YooYoo turut mencerminkan nilai murni Yoodo - unik, fleksibel dan telus.
"Diiringi perkhidmatan 5G Live yang dilancarkan baru-baru ini dengan kelajuan data yang lebih tinggi dan sambungan yang lebih lancar, YooYoo memberikan kuasa kepada pengguna di Malaysia untuk meraikan pilihan dan keunikan tersendiri," katanya pada Majoriti.
Anda berpeluang mendapatkan data percuma sebanyak 7GB setiap bulan untuk setahun.
Tambahnya lagi, selain kehadiran YooYoo, Yoodo turut memperkenalkan BONUS7 yang menawarkan data percuma sebanyak 7GB setiap bulan untuk setahun kepada semua pelanggan baharu.
"BONUS7, menawarkan data percuma sebanyak 7GB setiap bulan untuk setahun kepada semua pelanggan baharu apabila mereka mengaktifkan talian mereka bermula dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2023 ini.
"Pengguna baharu perlu melanggan pelan data berkelajuan tinggi minimum 20GB sebulan dengan pengaktifan pembaharuan automatik bulanan.
"Mereka juga akan menerima data percuma sebanyak 5GB bagi bulan pertama, di samping 7GB data percuma setiap bulan melalui promosi BONUS7," ujarnya.
Ia secara tidak langsung memberikan pengguna Yoodo kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih serta menyesuaikan pelan mudah alih bersesuaian dengan penggunaan anda.
Bersama Yoodo anda mempunyai kebebasan dan fleksibiliti untuk memilih pelan mudah alih bersesuaian dengan keperluan.
Ini sekali gus, memberikan lebih penjimatan dan menikmati sambungan data berkelajuan tinggi yang stabil.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yoodo untuk mengetahui tentang kempen BONUS7 dan jangan lupa untuk mencuba kempen AR “YooYoo In The Sky”. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram