'Kedah jangan main parking bas', fans Perak cabar Sang Kenari menjelang aksi kedua Piala Malaysia


  • Podium
  • Jumaat, 18 Ogos 2023

Perak dan Kedah akan berentap bagi menentukan peluang layak ke pusingan suku akhir pada Jumaat. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

PERAK FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan berentap bagi menentukan peluang layak ke pusingan suku akhir dalam aksi kedua saingan 16 terakhir Piala Malaysia di depan ribuan penyokong Sang Kenari pada Jumaat.

Sebelum ini, anak-anak buah bimbingan Nafuzi Zain menerima kejutan apabila tumpas di halaman lawan dengan keputusan 1-3 pada 3 Ogos lalu.

Tambah perit lagi pemain utama Hijau Kuning, Rodney Celvin tidak dapat beraksi menentang Perak kerana dilayangkan kad merah selepas menyepak muka pemain Perak FC, Seo Seo-nung.

Ia sekali gus membuatkan penyokong Kedah gusar dengan ketiadaan tonggak utama pertahanan Sang Kenari itu.

Rodney Calvin

Rodney dilayangkan kad merah selepas mengasari Seo. Facebook/Kedah Darul Aman FC

Tetapi lain pula ceritanya apabila penyokong Perak memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Yusri Che Lah yang akan bertandang di rumah Sang Kenari.

Dalam tiga perlawanan terakhir, rekod Perak boleh dikatakan baik selepas The Bos Gaurus (TBG) menang dua perlawanan dan hanya tewas di tangan Johor Darul Takzim (JDT).

Berbeza pula dengan Kedah yang berehat selama 10 hari tanpa sebarang perlawanan yang mana kali terakhir menang ketika menewaskan Sri Pahang FC pada 8 Ogos lalu.

Penyokong Perak FC

Penyokong Perak dijangka membanjiri Stadium Darul Aman pada aksi kedua Piala Malaysia.

"Kedah jangan main parking bas, kalau anak jantan main dengan Perak 'open game' baru seronok tengok," kata Mahathir Ab Rahman.

"Hati-hati Perak FC, Kedah kalau dekat tempat sendiri aura mereka lain macam, harap fokus, kawal tempo permainan dan tanam dalam diri nak menang," ujar Adha Shuhaimy.

"Perak pasti ke peringkat seterusnya jika pemain berani, yakin dan kreatif untuk mengawal bola serta bermain bersungguh-sungguh dengan Kedah pasti tekad datang dengan serangan berbahaya," luah Ko Ado.

Jika Perak berjaya layak ke pusingan suku akhir, mereka akan bertemu Sabah FC atau Kuching FC untuk memburu slot ke separuh akhir Piala Malaysia 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram