Tiga tahun lepas, Kpah Sherman letak kepercayaan terhadap Sanusi selesai isu gaji


  • Podium
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Kpah menyertai Kedah pada 2020 selepas berjaya bersama PKNS FC.

SEBUT sahaja nama Kpah Sherman semua penyokong bola sepak pastinya mengenali penyerang berprolifik yang pernah mendapat anugerah penjaring terbanyak dan sudah beraksi hampir enam tahun dalam Liga Malaysia (Liga M).

Mula berkhidmat dengan MISC-MIFA, Kpah terus menarik minat PKNS FC selepas baru semusim beraksi dalam Liga M.

Berjaya bersama PKNS apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2019, Kpah mendapat tawaran menarik daripada gergasi utara tanah air, Kedah Darul Aman FC.

Namun bersama Kedah tiga tahun lalu, Kpah pernah mengalami pengalaman pahit yang terpaksa ditelan selepas tidak dibayar gaji selama lima bulan ketika mewakili Sang Kenari.

Isu pembayaran gaji itu memaksa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor untuk campur tangan bagi menyelesaikannya demi kebaikan pasukan selepas mendengar keluhan pemain-pemain dan barisan jurulatih.

Bersama Kedah Kpah menjaringkan 19 gol dalam 30 penampilan.

Bagaimanapun satu perjumpaan di antara pasukan KDA FC dan Sanusi telah pada Ogos 2020 membuatkan Kpah percaya bahawa Menteri Besar Kedah itu akan melunaskan tunggakan gaji mereka sebelum penghujung musim 2020.

"Buat masa ini, kami mempunyai harapan kerana Sanusi komited untuk menyelesaikan masalah kami. Kami hanya boleh mengharapkan yang terbaik.

"Prestasi dan moral kami menurun disebabkan masalah ini, kini semuanya baik-baik saja, kami boleh menumpukan perhatian untuk membantu Kedah beraksi dengan baik apabila liga bersambung semula.

"Kami bermain bukan kerana kami mencintai bola sepak tetapi kami juga bermain untuk masa depan dan keluarga kami," katanya pada The Star.

Kpah musim ini beraksi bersama Sri Pahang selepas tidak disambungkan kontrak bersama Terengganu FC dah sudah menjaringkan 10 gol dalam 19 penampilan Liga Super 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram