[VIDEO] Gagal bantu raih 3 mata, bintang Harimau Malaya jaring gol padu tahap 'world class'


  • Podium
  • Rabu, 16 Ogos 2023

Nooa meraikan jaringan bersama rakan sepasukan yang lain.

PEMAIN warisan Finland-Malaysia, Nooa Laine menjaringkan gol cantik dalam usaha membantu pasukannya meraih keputusan yang positif ketika menentang Kotkan Tyovaen Palloilijat dalam perlawanan liga pada Selasa.

Nooa diberi kepecayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama SJK Seinajoki dan beraksi selama 73 minit sebelum ditukarkan dengan Kingsley Asante Ofori.

Walaupun tewas dengan keputusan 2-3, Nooa beraksi dengan cemerlang di bahagian tengah dengan beberapa hantaran dan cubaan dilakukan pemain Harimau Malaya itu.

Bersambung babak kedua, Nooa tidak menunggu lama untuk menempa nama selaku penjaring gol selepas meledak satu gol menerusi rembatan deras yang menewaskan pengaja gol lawan.

Ketika itu Nooa menerima hantaran daripada rakan sepasukan dan dia yang berada di kawasan itu terus merembat bola dengan deras ke dalam penjuru gol lawan.

Selepas menjaringkan gol, Nooa menyambut jaringannya itu bersama rakan sepasukan yang lain.

Namun pasukan Kotkan kembali bangkit dengan menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-56 dan dalam masa tambahan.

Ia sekali gus SJK Seinajoki terpaksa berputih masa apabila tewas di halaman sendiri dengan keputusan 2-3 walaupun mendahului perlawanan.

Musim ini pemain berusia 20 tahun itu sudah pun melakukan 17 penampilan dalam Liga Finland bersama SJK Seinajoki.

Sejak mewakili SJK Seinajoki, Nooa sudah melakukan 71 penampilan dan menjaringkan empat gol untuk pasukannya itu.

Nooa tahun ini sudah mula mendapat kepercayaan Kim Pan-gon apabila dua kali dia dipanggil menyertai kem kebangsaan dalam persiapan ke kejohanan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung awal tahun depan.

SJK kini menduduki tangga ketiga Liga Finland dengan hanya berbeza tiga mata di belakang pendahulu liga iaitu Kuopion Palloseura. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram