BEKAS jurulatih Kelantan FC, Frank Bernhardt kini dalam rundingan dengan beberapa kelab di negara Timur Tengah setelah meninggalkan The Red Warriors menerusi persetujuan bersama bulan lalu.
Perkara itu disahkan ejen Bernhardt yang turut menegaskan bekas jurulatih B-23 tahun negara itu masih berada di Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan membabitkan masa depan, lapor Stadium Astro.
Tiada isu berbangkit di antara pengendali dari Jerman itu dengan The Red Warriors, sebaliknya segala urusan mengenai pembayaran sudah diselesaikan.
"Dia pernah mengemudi Kelantan dan pemain di sana mempunyai hubungan yang baik dengannya biarpun keputusannya tidak memihaknya.
"Dia bercadang untuk pulang ke negaranya tiga minggu lalu tapi ditangguhkan selepas menerima beberapa tawaran dari Myanmar, namun tidak mencapai kata sepakat.
"Jadi ketika ini dia sedang mengintai peluang lain.
"Kelantan sudah bayar pampasan sepenuhnya Bernhardt seperti yang disepakati," kata ejennya, Sherif Ahmed Mostafa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram